Video Insiden Ngeri Guerrero 2018

     Kejadian yang dikenali secara meluas sebagai The Guerrero Flaying Incident merupakan salah satu dokumentasi visual paling gelap yang pernah wujud di internet. Rakaman ngeri yang mula tular di laman sesawang gelap pada tahun 2018 ini merupakan instrumen propaganda yang digunakan oleh kartel dadah untuk menanam rasa gerun pada orang ramai. Kejadian ini dilaporkan berlaku di kawasan berbukit di perbandaran La Union yang terletak di wilayah Guerrero, Mexico iaitu sebuah kawasan yang sering menjadi titik panas pertempuran berdarah antara kumpulan penjenayah.

     Pelaku di sebalik tindakan tidak berperikemanusiaan ini telah dikenal pasti sebagai anggota daripada kartel Los Viagras. Kumpulan ini merupakan sayap bersenjata yang sangat agresif dan sering terlibat dalam konflik wilayah dengan kartel gergasi lain seperti Cartel Jalisco Nueva Generacion (CJNG). Motif utama di sebalik serangan ini berakar umbi daripada tuduhan pengkhianatan. Dalam video tersebut, mangsa yang lebih tua (si bapa) digelar sebagai Chapuln (belalang) yakni satu istilah penghinaan bagi ahli kartel yang berpaling tadah atau membocorkan maklumat kepada kumpulan saingan. Pihak Los Viagras menggunakan kaedah penyeksaan yang ekstrem ini sebagai mesej amaran kepada mana-mana ahli atau orang awam yang berhasrat untuk mengkhianati mereka.

     Kronologi video tersebut bermula dengan satu sesi soal siasat yang tegang di mana bapa dan anak lelakinya duduk di atas tanah dalam keadaan terikat dan mulut disumbat. Fasa pertama penyeksaan melibatkan si bapa yang dipukul dengan kejam menggunakan objek tumpul, dipercayai sebatang kayu besar sehingga mengalami kecederaan dalaman yang serius. Dalam keadaan yang masih bernyawa, si bapa kemudiannya dipancung menggunakan sebilah pisau kecil yang tumpul. Penggunaan alatan yang tidak tajam ini adalah satu teknik sengaja untuk memanjangkan tempoh kesakitan mangsa dan memberikan tekanan psikologi yang maksima kepada si anak yang dipaksa menyaksikan kematian bapanya dalam jarak yang sangat dekat.

     Puncak kekejaman video ini berlaku apabila perhatian beralih kepada si anak. Berbeza dengan bapanya, si anak tidak dibunuh dengan pantas. Dia sebaliknnya melalui proses pelapahan pada bahagian dada dan abdomen secara hidup-hidup. Butiran yang paling mengerikan adalah apabila mangsa dilihat masih menunjukkan tanda-tanda kesedaran seperti cuba menggerakkan tangan untuk melindungi dadanya walaupun kulit dan otot dadanya telah dibuang sehingga menampakkan tulang rusuk serta paru-paru yang masih mengembang dan mengempis. Penyeksaan ini berakhir dengan pengeluaran jantung mangsa dari rongga dadanya semasa ia dilaporkan masih lagi berdegup sebelum jantung tersebut ditikam semula ke dalam mayat mangsa sebagai simbol penghinaan terakhir.

     Walaupun terdapat spekulasi bahawa si bapa mungkin bekas anggota polis, ketiadaan laporan rasmi daripada kerajaan menunjukkan betapa sukarnya pihak berkuasa untuk mengawal naratif keganasan ini. Kes ini sering dibandingkan dengan kes Funkytown kerana kedua-duanya menunjukkan tahap keganasan yang bertujuan untuk melampaui had ketahanan fizikal dan mental manusia.

Catat Ulasan for "Video Insiden Ngeri Guerrero 2018"