Kisah Pembunuhan Kejam Ketan Agarwal

Pada pertengahan Jun 2026 bertempat di Pune, India, satu kes pembunuhan kejam telah berlaku yang membabitkan kematian seorang pemuda kaya berusia 25 tahun bernama Ketan Agarwal.
Ketan Agarwal iaitu anak sulung kepada seorang pemaju hartanah ternama merupakan seorang pemuda yang berpendidikan tinggi dengan ijazah sarjana dari Babson College, Amerika Syarikat. Sebagai pewaris empayar perniagaan bapanya, Ketan dikenali sebagai individu yang berdedikasi dan mempunyai personaliti yang tenang. Dia telah bertunang dengan Siya Goyal, anak perempuan kepada sebuah keluarga pembekal rempah dan buah-buahan kering yang kaya di Pune. Perhubungan mereka dilihat sebagai satu perjanjian perniagaan yang sempurna oleh kedua-dua pihak keluarga yang telah menjalinkan persahabatan selama 35 tahun. Perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada November 2026 di sebuah istana mewah di Udaipur, Rajasthan dengan anggaran kos mencecah jutaan dolar sepatutnya menjadi acara kemuncak bagi penyatuan dua keluarga korporat tersebut.

Namun di sebalik kemewahan dan persiapan yang rancak, Siya menyimpan satu rahsia besar. Dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap Ketan. Siya bakan telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Chetan Choudhary, seorang peniaga rempah yang juga berasal dari kawasan pasaran yang sama. Apabila persiapan perkahwinan semakin memuncak, Siya mula berasa tertekan dan takut kerana menyedari bahawa peluangnya untuk bersama Chetan akan musnah sepenuhnya jika dia meneruskan perkahwinan tersebut. Enggan berdepan dengan keluarganya untuk membatalkan majlis, Siya mengambil jalan pintas yang ekstrem. Wanita itu merancang agar Ketan dibunuh melalui kemalangan bagi mengelakkan aib keluarga serta membolehkannya hidup bersama Chetan.
Rancangan jahat tersebut bermula seawal bulan Jun 2026. Percubaan pertama berlaku pada 14 Jun apabila Siya membawa Ketan ke Benteng Lohagad dengan alasan untuk meninjau lokasi penggambaran gambar pra-perkahwinan. Di tebing curam tersebut, Siya bertindak menolak Ketan. Mangsa bagaimanapun terselamat apabila badannya tersangkut pada dahan pokok. Demi menutup perbuatannya, Siya dengan pantas mereka cerita bahawa terdapat seekor ular beracun yang mengancam Ketan. Dia lantas terpaksa menolak Kaitan untuk menyelamatkannya. Ketan yang terlalu mempercayai tunangnya langsung tidak mengesyaki sebarang niat jahat.
Kemuncak tragedi berlaku pada 18 Jun 2026. Siya yang tidak berputus asa kali ini mendapatkan bantuan Jatan untuk melaksanakan pembunuhan tersebut. Chetan telah menyamar dengan memakai pakaian tebal dan menutup muka bagi mengelak pengecaman CCTV semasa mengikuti pasangan tersebut ke benteng. Apabila sampai di lokasi yang disasarkan, Siya memujuk Ketan untuk berdiri di hujung tebing bagi tujuan mengambil gambar. Pada saat Ketan membelakangi mereka dan leka menikmati pemandangan, Siya dan Chetan secara bersama-sama bertindak menolak mangsa sehingga terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 340 kaki. Ketan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah sebaik sahaja pasukan penyelamat menjumpai mayatnya pada keesokan harinya.

Siasatan polis bermula dengan keraguan keluarga Agarwal terutamanya selepas melihat reaksi Siya yang didapati terlalu tenang selain langsung tidak menunjukkan tanda-tanda berduka. Malah Siya didapati memuat naik status di media sosial yang seolah-olah menyalahkan Ketan kerana telah meninggalkannya pada hari ulang tahunnya yakni satu perlakuan yang dianggap sangat tidak wajar.
Hasil siasatan forensik digital akhirnya membongkar komunikasi intensif antara Siya dan Chetan selama lebih 338 jam dalam tempoh enam bulan. Rakaman CCTV juga menunjukkan kehadiran seorang individu mencurigakan yang mengikut pasangan itu di kawasan benteng. Apabila disoal siasat dengan bukti-bukti yang kukuh, kedua-dua suspek akhirnya mengaku melakukan pakatan sulit tersebut. Mereka berdua kini berdepan dengan hukuman berat di bawah undang-undang India iaitu Bharatiya Nyaya Sanhita atas tuduhan melakukan pembunuhan terancang dan bersekongkol melakukan jenayah di mana kedua-dua kesalahan tersebut lazimnya membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati sekiranya mahkamah mendapati perbuatan mereka bersifat sangat kejam serta terancang.

Catat Ulasan for "Kisah Pembunuhan Kejam Ketan Agarwal"