Kes Rogol Kejam Pasangan Pengembara di Jharkhand

Pada awal Mac 2024, satu kejadian jenayah kejam yang telah berlaku di daerah Dumka, negeri Jharkhand, India. Kejadian ini melibatkan sepasang suami isteri pempengaruh pengembaraan aitu Vicente, seorang lelaki berusia 53 tahun dari Sepanyol dan isterinya, Fernanda, seorang wanita berusia 28 tahun yang mempunyai kerakyatan dua hala Sepanyol dan Brazil. Pasangan ini yang mempunyai pengalaman meluas mengembara ke lebih 67 buah negara dengan motosikal sejak tahun 2018 itu tidak menyangka bahawa destinasi pengembaraan mereka di India akan berakhir dengan satu mimpi ngeri yang meninggalkan kesan trauma mendalam.
Kronologi kejadian bermula apabila pasangan tersebut memutuskan untuk berkhemah di sebuah kawasan terpencil berhampiran sebuah batu besar kerana tiada penginapan yang sesuai ketika hari sudah lewat petang. Semasa mereka sedang berehat, mereka didatangi oleh sekumpulan lelaki tempatan yang pada mulanya kelihatan ingin tahu. Walau bagaimanapun, suasana bertukar tegang apabila kumpulan lelaki tersebut mula merampas barang peribadi mereka secara paksa. Walaupun pasangan itu cuba mengelak daripada melawan provokasi tersebut dengan beredar, mereka terpaksa kembali ke kawasan berhampiran untuk bermalam memandangkan ketiadaan pilihan lain yang selamat.

Pada waktu malam kira-kira jam 7:30 malam, malapetaka menimpa apabila sekumpulan tujuh hingga lapan orang lelaki bersenjatakan pisau menyerang khemah mereka. Dalam serangan kejam tersebut, Vicente dipukul hingga cedera parah manakala Fernanda dirogol secara bergilir oleh sekumpulan lelaki tersebut selama kira-kira tiga jam. Apa yang lebih menyayat hati dan dianggap sebagai penderaan psikologi yang melampau adalah tindakan para penjenayah yang memaksa Vicente menyaksikan perbuatan keji tersebut sambil mengugutnya dengan senjata tajam. Mereka bahkan memaksa mangsa untuk melihat wajah suspek bagi memberikan ancaman.
Selepas kejadian, pihak berkuasa India bertindak selepas pasangan tersebut membuat laporan dan memberikan bukti-bukti kritikal termasuk rakaman keadaan mereka selepas diserang. Namun layanan terhadap mangsa di hospital dan pusat perlindungan sementara menjadi tumpuan kritikan kerana mereka didakwa dikawal dengan ketat oleh pihak keselamatan. Pasangan tersebut sukar untuk berkomunikasi secara bebas dengan media. Situasi ini memuncak apabila muncul video di media sosial yang menunjukkan mereka memuji India sebagai negara yang baik dan selamat.

Akhirnya setelah berjaya keluar dari India, Vicente dan Fernanda memberanikan diri untuk mendedahkan kebenaran sebenar melalui sebuah dokumentari atau rakaman pendedahan berdurasi lebih satu jam yang disiarkan di platform media sosial mereka. Pendedaha itu mengandungi butiran lengkap tentang peristiwa ngeri yang menimpa mereka yang sebelum ini tidak dapat diceritakan secara bebas akibat tekanan pihak berkuasa India.
Catat Ulasan for "Kes Rogol Kejam Pasangan Pengembara di Jharkhand"