Kisah Benar Enam Beradik Galvin yang Menghidap Skizofrenia
Dinukil secara mendalam menerusi karya laris terbitan tahun 2020 berjudul Hidden Valley Road: Inside the Mind of an American Family karya wartawan penyiasat Robert Kolker, naratif ini merungkai penderitaan luar biasa sebuah keluarga di Colorado Springs, Amerika Syarikat yang menjadi saksi kepada kerosakan mental berskala besar.
Latar belakang keluarga ini bermula daripada ikatan perkahwinan antara Don Galvin, seorang pegawai tentera yang kemudiannya berkhidmat dalam bidang pertanian, dengan isterinya, Mimi Galvin. Pasangan ini dikurniakan seramai 12 orang cahaya mata yang dilahirkan secara berturut-turut antara tahun 1945 hingga 1965 yakni merangkumi sepuluh anak lelaki dan dua anak perempuan. Pada fasa awal, kehidupan mereka kelihatan sempurna. Walau bagaimanapun, lembaran hidup keluarga ini mula berubah menjadi suram apabila anak-anak lelaki mereka mula menginjak usia remaja dan dewasa muda iaitu tempoh kritikal kemunculan simptom awal kecelaruan mental berat.
Petaka bermula apabila anak sulung mereka, Donald mula mempamerkan kelakuan ganjil yang disusuli dengan diagnosis skizofrenia yang teruk. Keadaan ini tidak berhenti setakat itu sahaja malah berlarutan menular kepada adik-adik lelakinya secara berurutan iaitu Jim, Brian, Joseph, Matthew dan Peter. Daripada sepuluh orang anak lelaki dalam keluarga tersebut, seramai enam orang akhirnya disahkan mengidap skizofrenia. Rumah tangga mereka di Hidden Valley Road bertukar menjadi kancah penderitaan yang dicirikan oleh halusinasi pendengaran dan penglihatan yang ekstrem, delusi penganiayaan, kemerosotan fungsi kognitif yang drastik serta episod keganasan fizikal yang mengancam keselamatan sesama ahli keluarga.

Tekanan psikologi yang maha hebat turut menimpa dua anak perempuan kemYberkenaan iaitu Margaret dan Mary serta ibu bapa mereka. Suasana rumah yang sentiasa tegang serta tidak menentu mendedahkan anak-anak perempuan itu kepada trauma mendalam termasuklah risiko penderaan fizikal dan psikologi daripada saudara lelaki mereka yang mengalami halusinasi parah. Krisis keluarga ini mencapai kemuncak yang sangat tragis apabila salah seorang daripada mereka iaitu Brian bertindak membunuh kekasihnya sebelumau sendiri membunuh diri.
Pada dekad-dekad pertengahan abad kedua kelima, dunia perubatan belum lagi memahami punca sebenar di sebalik skizofrenia. Pada era tersebut, dunia psikiatri didominasi oleh teori psikoanalisis yang cacat yang meletakkan beban kesalahan ke atas bahu ibu bapa khususnya menerusi konsep toksik "ibu pengetus skizofrenia" (schizophrenogenic mother). Mimi Galvin terpaksa menanggung stigma sosial yang kejam dan rasa bersalah yang tidak berasas apabila masyarakat serta pengamal perubatan menuduh gaya keibubaannya yang terlalu mengongkong atau dingin sebagai pencetus penyakit anak-anaknya. Dia trpaksa bergelut secara bersendirian, menyembunyikan realiti pahit tersebut daripada pandangan jiran tetangga demi menjaga maruah keluarga di tengah-tengah ribut penderitaan.

Walaupun berdepan dengan ranjau kesengsaraan yang berpanjangan, pengorbanan keluarga Galvin akhirnya membuka jalan kepada revolusi besar dalam bidang sains perubatan. Kehadiran enam pesakit skizofrenia dalam satu susur galur keluarga yang sama merupakan anomali genetik yang sangat jarang berlaku sekali gus menarik perhatian para penyelidik dari National Institute of Mental Health (NIMH). Sampel darah dan profil biologi keluarga genetik yang kuat. Data genetik yang diperoleh telah membantu para saintis moden merintis pemahaman biologi yang lebih tepat, merobohkan mitos lama serta mengalihkan fokus rawatan kepada pendekatan neurobiologi yang lebih beretika dan saintifik.

Status terkini ahli keluarga Galvin pula menyaksikan fasa akhir daripada generasi yang terkesan di samping usaha berterusan waris yang selamat untuk memperjuangkan kesedaran kesihatan mental. Kesan pengambilan ubat-ubatan antipsikotik jangka panjang serta faktor usia telah membawa kepada penghujung hayat kebanyakan anak lelaki Galvin yang sakit. Donald telah meninggal dunia pada 16 Januari 2025 di sebuah pusat jagaan di Colorado manakala Peter meninggal dunia pada Oktober 2023. Matthew kini kekal sebagai satu-satunya anak lelaki yang masih hidup daripada enam beradik yang didiagnosis dengan skizofrenia dan ditempatkan di sebuah pusat jagaan khusus di Colorado Springs.

Dalam pada itu, anak-anak perempuan serta ahli keluarga yang sihat terutamanya Lindsay Mary Galvin Rauch dan Margaret looktelah mengubah trauma masa kecil mereka menjadi satu bentuk advokasi awam yang besar. Waris keluarga telah mewujudkan sebuah dana amanah khas (Galvin Family Trust) untuk memastikan kebajikan fizikal dan kualiti hidup Matthew terjamin pada hari tua tanpa terjejas oleh kekangan birokrasi bantuan kerajaan. Melalui penglibatan aktif dalam organisasi seperti Henry Amador Center on Anosognosia serta pelbagai platform media termasuklah siri dokumentari bersiri popular seperti Six Schizophrenic Brothers, mereka konsisten menceritakan kisah ini untuk menghapuskan stigma masyaraka

Catat Ulasan for "Kisah Benar Enam Beradik Galvin yang Menghidap Skizofrenia"