Kisah Hubungan Terlarang Guru dan Dua Pelajar yang Berakhir dengan Kematian

Kisah ini berlaku pada tahun 2007 di sebuah sekolah menengah berprestij, Sekolah Menengah No. 6 Guiyang di China. Kes ini melibatkan hubungan terlarang antara seorang guru wanita berusia 45 tahun bernama Wang Yongli dengan dua orang pelajar lelakinya sendiri, He Xiaoli dan Meng Chao. Akibat hubungan songsang dan manipulasi emosi ini, ia berakhir dengan pertumpahan darah dan hukuman mati.
Wang Yongli ialah seorang guru kelas yang berpengalaman. Disebabkan rumah tangganya yang bermasalah dan suaminya sering keluar kawasan kerana bekerja, dia mengalami kesunyian yang mendalam. Bagi mengisi kekosongan itu, dia mula melayan pelajar-pelajarnya secara lebih peribadi di luar batasan profesional. Pelajar pertama yang terjebak ialah He Xiaoli, seorang remaja berusia 16 tahun. Oleh kerana ibu bapa He Xiaoli sibuk bekerja dan menetap jauh, remaja itu menyewa rumah seorang diri berhampiran sekolah. Wang Yongli sering memberi kelas tambahan peribadi dan melawat He Xiaoli di rumah sewanya. Lama-kelamaan, hubungan mereka berubah menjadi hubungan asmara. He Xiaoli menjadi terlalu taksub dan cemburu jika ada orang lain mendekati guru tersebut.

Ketika Wang Yongli mahu mengurangkan perhatian terhadap He Xiaoli, dia mula menjalin hubungan sulit yang sama dengan seorang lagi pelajar dalam kelasnya iaitu Meng Chao. Meng Chao ialah seorang remaja berbadan tegap yang mempunyai masalah disiplin. Selepas sesi kaunseling, hubungan mereka menjadi rapat dan Meng Chao mula memanggil Wang Yongli sebagai ibu angkat sebelum ia bertukar menjadi hubungan fizikal.
Wang Yongli kemudiannya bermain kayu dua. Dia melayani kedua-dua remaja ini secara bergilir-gilir tanpa mengira akibatnya. Kedua-dua pelajar ini berasa diri mereka adalah satu-satunya kekasih kepada guru tersebut hinggalah rahsia itu terbongkar apabila He Xiaoli secara tidak sengaja terserempak dengan Meng Chao di rumah Wang Yongli. Sejak hari itu, permusuhan terbuka bermula di antara He Xiaoli dan Meng Chao di dalam kelas.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila He Xiaoli mula mengugut untuk membongkar skandal sulit tersebut kepada pihak sekolah dan keluarga kerana berasa dirinya dikhianati. Takut dengan ugutan itu, Wang Yongli mengadu kepada Meng Chao. Mengambil tugas sebagai pelindung kekasih hatinya, Meng Chao yang baru berusia 18 tahun merancang pembunuhan dengan teliti.
Pada September 2007, Meng Chao mendatangi rumah sewa He Xiaoli. Selepas pertengkaran mulut tercetus, Meng Chao mengeluarkan pisau lalu menikam He Xiaoli bertubi-tubi di bahagian belakang serta dada hingga mangsa mati di tempat kejadian. Meng Chao kemudian cuba mencuba tipu helah dengan menyelerakkan barang bilik itu untuk kelihatan seperti kes samun.

Selepas kes itu terbongkar, pihak polis merampas telefon bimbit selain mendapati ratusan rekod panggilan serta mesej antara Wang Yongli dan Meng Chao yang sengaja dipadamkan. Di mahkamah, Meng Chao mendakwa dia terpedaya dan dihasut oleh manipulasi guru tersebut tetapi undang-undang tetap meletakkan kesalahan membunuh ke atas bahunya. Pada tahun 2009, Meng Chao dijatuhi hukuman mati dan tamat riwayatnya di tali gantung. Sementara itu, Wang Yongli dipecat daripada sekolah dan terus melarikan diri tanpa jejak sejurus selepas siasatan selesai. Tiada siapa yang tahu keberadaannya sesudah itu.
Catat Ulasan for "Kisah Hubungan Terlarang Guru dan Dua Pelajar yang Berakhir dengan Kematian"