Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MISTERI KEMATIAN JONBENET RAMSEY


Wikipedia

    JonBenet Ramsey yang dilahirkan pada 6 Ogos 1990 di Amerika Syarikat merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Abang kandung JonBenet iaitu Burke adalah tiga tahun lebih tua daripadanya.

   JonBenet dibesarkan dengan penuh kemewahan memandangkan keluarganya merupakan daripada golongan yang berada. Ayahnya iaitu bernama John Ramsey adalah seorang jutawan perniagaan manakala ibu JonBenet pula dikenali sebagai Patricia atau Patsy merupakan seorang bekas ratu cantik West Virginia tahun 1977.


   Kisah sebenar bermula pada pagi 26 Disember 1996. Pada jam sekitar 5.52 pagi, Patsy bertindak menghubungi talian kecemasan untuk memberitahu bahawa JonBenet telah hilang akibat diculik.

  Tidak lama selepas panggilan kecemasan tersebut dibuat, maka pihak polis pun tiba di rumah JonBenet. Pada waktu ini, polis telah membuat satu kesilapan besar kerana membiarkan serta gagal untuk mengawal keadaan rumah mangsa daripada dimasuki oleh para jiran dan saudara-mara yang terdekat. Perkara ini bermaksud lokasi kejadian telah terusik sekaligus menjadikan situasi sebegini telah membunuh salah satu titik penting siasatan.

    Berdasarkan pemeriksaan awal, pihak polis mendapati tiada sebarang tanda pecah masuk. Jadi, tidak timbul sebarang unsur jenayah. Tidak lama kemudian, salah seorang anggota polis menyuruh John serta rakannya untuk mencari mangsa di setiap penjuru rumah. Bayangkan, rumah keluarga JonBenet mempunyai 15 buah bilik tidur menandakan betapa besarnya rumah tersebut.

Keluarga Ramsey - CBS

    Pencarian John tidak sia-sia apabila dia berjaya menemui mayat anak perempuannya itu di dalam bilik bawah tanah dengan keadaannya dibalut menggunakan kain selimut. Dalam kes lain kebiasaannya si pencari akan memaklumkan kepada pihak polis tentang lokasi penemuan mayat. Berbeza dengan kes ini iaitu John membawa sendiri mayat JonBenet naik ke tingkat atas. Sudah tentunya lokasi kejadian sekali lagi tercemar. Jika difikirkan secara mendalam, bukankah sepatutnya John melaporkan dahulu tentang penemuan mayat anak perempuannya itu. Dilaporkan juga ada satu lagi kesilapan lain siasatan yang dilakukan oleh pihak polis dalam kes ini di mana John dan Patricia tidak disoal siasat secara berasingan semasa di lokasi kejadian.

  Menerusi laporan bedah siasat, punca kematian JonBenet yang diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan adalah akibat dicekik. Pada bahagian tengkorak, ada  keretakan yang menandakan kepala JonBenet telah dihentak dengan objek keras. Bagaimanapun, tiada sebarang tanda dirogol tetapi mempunyai kesan serangan seksual. Bahagian leher pula didapati mempunyai alat jerut leher yang diperbuat daripada tali nilon dan pemegang berus milik Patsy. Bahagian perut terdapat buah nanas yang belum dicernakan sepenuhnya. Jadi, para penyiasat menyimpulkan bahawa JonBenet sempat mengisi perut pada beberapa jam sebelum kematiannya. Perkara ini adalah bertentangan sekali dengan dakwaan John serta Patcy pada sebelumnya yang mendakwa JonBenet tidak menjamah sebarang makanan sebelum tidur.


    Salah satu bukti penting dalam kes JonBenet ini adalah nota tebusan yang dijumpai oleh Patsy di tangga dalam rumahnya. Satu nota yang sebenarnya meninggalkan seribu satu persoalan. Sebagai penjelasan mudah, penulis nota tebusan ini semestinya suspek utama sebagai pembunuh JonBenet. Masalahnya sekarang adalah pihak polis masih lagi gagal untuk mengesan pemilik tulisan nota itu. 

    Berikut merupakan salinan petikan dalam kandungan nota tebusan tersebut. 

    Mr. Ramsey,

    Listen carefully! We are a group of individuals that represent a small foreign faction. We do respect your bussiness [sic] but not the country that it serves. At this time we have your daughter in our posession [sic]. She is safe and unharmed and if you want her to see 1997, you must follow our instructions to the letter.

    You will withdraw $118,000.00 from your account. $100,000 will be in $100 bills and the remaining $18,000 in $20 bills. Make sure that you bring an adequate size attache to the bank. When you get home you will put the money in a brown paper bag. I will call you between 8 and 10 am tomorrow to instruct you on delivery. The delivery will be exhausting so I advise you to be rested. If we monitor you getting the money early, we might call you early to arrange an earlier delivery of the money and hence a [sic] earlier delivery pick-up of your daughter.

    Any deviation of my instructions will result in the immediate execution of your daughter. You will also be denied her remains for proper burial. The two gentlemen watching over your daughter do not particularly like you so I advise you not to provoke them. Speaking to anyone about your situation, such as Police, F.B.I., etc., will result in your daughter being beheaded. If we catch you talking to a stray dog, she dies. If you alert bank authorities, she dies. If the money is in any way marked or tampered with, she dies. You will be scanned for electronic devices and if any are found, she dies. You can try to deceive us but be warned that we are familiar with law enforcement countermeasures and tactics. You stand a 99% chance of killing your daughter if you try to out smart [sic] us. Follow our instructions and you stand a 100% chance of getting her back.

    You and your family are under constant scrutiny as well as the authorities. Don't try to grow a brain John. You are not the only fat cat around so don't think that killing will be difficult. Don't underestimate us John. Use that good southern common sense of yours. It is up to you now John!

    Victory!

    S.B.T.C (Sampai sekarang tiada siapa pun yang mengetahui maksud sebenar S.B.T.C ini).


    Selain itu, kertas nota yang dipakai oleh suspek ini juga adalah dari rumah JonBenet sendiri. Cuba fikirkan, logik atau tidak apabila seorang penculik menulis nota tebusan dengan panjang berjela dalam situasi genting. Mengikut pendapat pakar penyiasat, purata masa untuk menulis nota panjang sedemikian adalah selama 21 minit. Secara realiti penculik kebiasaannya hanya akan menulis nota ringkas untuk menuntut wang tebusan. Berlainan dengan kes JonBenet ini, si penculik seolah-olah duduk bersantai seketika untuk menulis nota selepas selesai membunuh mangsa. Bukankah ia satu tindakan bodoh dan berisiko yang akan menyebabkan dirinya ditangkap? 

   Memang benar ada ujian yang dibuat untuk menganalisis tulisan nota tersebut. Hasil keputusan analisis mendapati tulisan itu tidak mempunyai padanan dengan tulisan John tetapi lebih mirip kepada tulisan Patsy. Walau bagaimanapun, kesahihan Patsy sebagai penulis nota tebusan adalah tidak dapat dimuktamadkan. Dalam erti kata lain, mungkin Patsy yang menulis dan mungkin juga tidak.

   Kita imbas secara ringkas kronologi sebelum kematian JonBenet. Pada malam krismas 1996 itu, keluarga John pergi melawat rumah saudara terdekat mereka. Dalam perjalanan pulang, John mendakwa bahawa JonBenet telah pun tertidur. Sampai di rumah, JonBenet didukung hingga ke dalam bilik tidur. Pada awal keesokan paginya, Patsy menelefon pihak polis untuk melaporkan kehilangan JonBenet seperti yang telah diceritakan.

    Jadi, apa sebenarnya berlaku kepada JonBenet? Ada dua teori utama iaitu teori konspirasi keluarga dan teori penceroboh. Harus diingatkan, ini adalah teori sahaja. 

   Pertama, teori konspirasi keluarga.  Suspeknya samada John, Patsy atau Burke sendiri. JonBenet mungkin mati dalam satu insiden yang tidak disengajakan. Nota tebusan itu sebenarnya adalah nota  palsu yang ditulis mengaburi siasatan pihak berkuasa. Perkara ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh John dan Patsy sepanjang hidup mereka. Patsy meninggal dunia pada tahun 2006 akibat kanser ovari. 

   Kedua, teori penceroboh. Penceroboh itu dikatakan seorang pedofilia yang sangat obses dengan JonBenet. Dia bertindak menceroboh masuk rumah mangsa dengan memecahkan cermin tingkap bilik bawah tanah. Teori ini disangkal dengan fakta bahawa sarang labah-labah pada cermin tingkap tersebut langsung tidak terusik pada waktu kejadian. Bagi teori ini, tiga nama suspek utama yang menjadi tumpuan iaitu Gary Oliva, Michael Helgoth dan John Mark Karr. Bagaimanapun, DNA mereka bertiga langsung tidak sepadan dengan DNA yang ditemui pada seluar dalam JonBenet. Jadi, Gary, Michael dan John Mark tidak dapat disahkan sebagai suspek.

    Menerusi satu siaran dokumentari yang berjudul The Case of: JonBenet Ramsey menyimpulkan satu teori di mana Burke tanpa ada sebarang niat membunuh telah memukul kepala JonBenet dengan lampu suluh. Teori itu telah menyebabkan Burke bertindak untuk memfailkan saman ke atas syarikat produksi tersebut.


    Tonton sendiri reaksi pelik Burke sepanjang wawancaranya bersama Dr. Phil ini yang telah menjadi bualan hangat netizen. Setiap kali diaju soalan tentang kes JonBenet, Burke tidak lekang dengan senyuman. Namun, senyumannya itu seolah-olah senyuman dalam gemuruh. Bagaimanapun, Dr. Phil ada memberikan penjelasannya tersendiri berhubung dengan perkara ini. 

Catat Ulasan for "MISTERI KEMATIAN JONBENET RAMSEY"