Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH TYLER HADLEY : “Raikan Pembunuhan dengan Parti”



IKLAN



“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. 

Salah satu kasih sayang parents adalah dengan membekalkan ilmu agama yang secukupnya utk anak2 sejak kecil ❤️. Fiza rasa terharu sangat bila parents memilih produk BabyPianHQ sebagai salah satu alternatif untuk membantu anak2 mereka menghafal surah2 lazim dengan mudah☺️☺️. Button surah dekat Zikir Pillow tu pun boleh ditekan berulang kali 👍🏻.

⁣Jadi, Apa yang anda akan dapat bila beli Zikir Pillow?

✅11 ZIKIR (exclusive suara Sufian Suhaimi)⁣
✅7 DOA (exclusive suara Sufian Suhaimi)⁣
✅15 SURAH (Ustaz Fakhrul UNIC)⁣
✅Sleeping button⁣
✅Lampu yg cantik⁣
✅Bantal yg gebu⁣
✅Wish card⁣
✅Kotak yg sgt exclusive!!⁣
utk Fast Response, boleh PM fiza http://www.wassap.my/+60165989834 atau klik link di bawah😉


TAMAT IKLAN

Tyler bersama keluarganya

    Pada tahun 2011, Tyler Hadley adalah seorang remaja lelaki bermasalah yang berusia 17 tahun yakni anak kepada pasangan suami isteri bernama Blake dan Mary-Jo Hadley. Tyler sememangnya mempunyai tabiat buruk dengan gemar ponteng sekolah. Selain itu, dia juga adalah seorang kaki botol dan juga penagih dadah. Seperkara lagi yang harus diketahui, Tyler pernah dibawa oleh ibu bapanya pergi berjumpa dengan pakar psikiatri kerana mengalami penyakit kegelisahan dan kemurungan. Disebabkan itu, Tyler telah diberikan ubat tertentu bagi mengawal penyakit tersebut.

    Satu hari iaitu bersamaan dengan petang 16 Julai 2011, Tyler merancang sesuatu yang benar-benar tidak dijangka. Dia berniat untuk membunuh ibu bapanya sebelum mengadakan parti. Waktu itu, abang Tyler yang dikenali sebagai Ryan sedang berada di kolejnya. Jadi apa yang Tyler lakukan, dia telah menyembunyikan telefon milik kedua ibu bapanya dan kemudian mengambil tiga biji pil ekstasi. Selepas berada dalam keadaan khayal, Tyler pergi berdiri di belakang Mary yang sedang bermain komputer. Tyler seterusnya bertindak untuk menghentak kepala ibunya itu menggunakan tukul dengan hentakan bertubi-tubi sampai mati. Blake yang sebelumnya terdengar suara jeritan Mary bergegas pergi memeriksa keadaan. Malang untuk Blake kerana menerima nasib yang sama seperti Mary apabila kepalanya telah dihentak oleh Tyler dengan tukul secara berulang kali. 


    Selesai melakukan pembunuhan tersebut, Tyler menghabiskan masa selama tiga jam untuk mencuci serta membersihkan apa yang patut. Mayat ibu-bapanya pula disembunyi di dalam bilik tidur. Menjelang waktu malam, Tyler telah membuat satu hantaran di akaun Facebook bagi mengadakan parti di rumahnya. Pada mulanya, rakan kenalan Tyler tidak mempercayai perkara itu kerana mereka tahu tentang ketegasan ibu bapanya. Namun setelah diyakinkan oleh Tyler, barulah mereka pergi menghadiri parti tersebut. Tyler bahkan sempat untuk mengeluarkan wang milik ibu bapanya yang berjumlah sebanyak $5000. Dianggarkan seramai 60 orang yang telah berparti di rumah Tyler pada hari kejadian itu.

    Sewaktu parti tersebut, Tyler ada memberitahu seorang rakan baiknya yang bernama Michael Mandell mengenai pembunuhan yang sudah dilakukannya. Mendengar cerita Tyler, Michael mula-mulanya beranggapan rakannya itu sekadar berjenaka. Namun tanggapan Michael berubah apabila dia melihat sendiri mayat Blake dan Mary selepas ditunjukkan oleh Tyler. Reaksi dan tindakan Michael sesudah itu adalah mendiamkan diri. Dia bukan saja tidak memberitahu penemuan tersebut kepada mana-mana individu lain yang sedang berada di rumah Tyler pada waktu berkenaan, malah enggan untuk menelefon pihak polis. Michael sebaliknya telah berswafoto dengan Tyler sebagai kenangan kerana dia tahu itu adalah kali terakhir mereka berdua akan bersama. Keesokan paginya, Tyler telah ditangkap oleh pihak polis. Penangkapan tersebut dibuat susulan maklumat yang diberikan Michael sebaik saja dia pulang daripada berparti.


    Berhubung dengan status perbicaraan kes, Tyler telah menggunakan alasan sebagai tidak waras bagi melepaskan diri daripada pertuduhan. Agak menyentuh emosi apabila Ryan meminta kepada pihak mahkamah supaya adiknya dikenakan hukuman yang setimpal. Pihak juri bagaimanapun pada akhirnya tetap memutuskan Tyler yang didapati bersalah telah diperintahkan bagi menjalani hukuman penjara sepanjang hayat dengan memiliki peluang untuk membuat rayuan pembebasan secara bersyarat. Sementara itu, rumah Tyler telah dimusnahkan sepenuhnya pada tahun 2015 kerana mana mungkin akan ada orang membeli rumah yang pernah menjadi tempat pembunuhan kejam.

Catat Ulasan for "KISAH TYLER HADLEY : “Raikan Pembunuhan dengan Parti”"