Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM HANNAH CORNELIUS

Hannah Cornelius

    Hannah Cornelius adalah seorang wanita cantik yang dilahirkan pada 13 Februari 1996 bertempat di Cape Town, Afrika Selatan. Dia merupakan anak kepada pasangan suami isteri kaya raya yang bernama Willem dan Anna Cornelius. Selain itu, Hannah juga mempunyai seorang adik lelaki yang mengidap penyakit autisme. Hannah dikatakan sebagai seorang anak yang sangat baik dan mendengar kata kedua-dua orang tuanya. Walaupun dia dilahirkan sebagai anak orang kaya, Hannah adalah seorang yang berperwatakan merendah diri. Dia begitu disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya kerana langsung tidak memilih dalam berkawan. Malah sejak dari hari ulang tahun kelahirannya yang ke-16, Hannah gemar meraikan hari istimewa tersebut bersama dengan golongan tidak berkemampuan seperti anak yatim piatu, fakir miskin, gelandangan dan orang tua di rumah kebajikan. Tamat sekolah menengah, Hannah melanjutkan pelajarannya di Universiti Stellenbosch yakni sebuah universiti terkemuka di Afrika Selatan dengan mengambil jurusan ilmu budaya.

RM3.99 : Link Shopee - https://shope.ee/2q0OyNZZAm

    Kisah sebenar bermula pada malam 26 Mei 2017 di mana malam itu Hannah telah pergi melepak di sebuah bar bersama dengan rakan-rakannya. Pukul 2.30 pagi, Hannah meminta izin untuk pulang ke rumah. Pada masa sama, dia yang memandu kereta Volkswagen City Golf berwarna biru telah ternampak seorang rakan lelakinya iaitu Cheslin Marsh yang turut sedang dalam perjalanan pulang menggunakan papan luncur. Jadi, Hannah pun menawarkan diri untuk menghantar Cheslin ke rumah dengan menaiki keretanya. Mula-mulanya, Cheslin agak keberatan dengan pelawaan tersebut kerana enggan untuk menyusahkan Hannah pada waktu sedemikian. Walau bagaimanapun, Cheslin terpaksa akur jua memasuki kereta selepas dipaksa oleh Hannah berasa bimbang dengan keselamatannya.

Cheslin dan Hannah

    Setibanya di destinasi, Hannah dan Cheslin sempat berborak selama beberapa minit di dalam kereta. Tidak lama kemudian, ada empat sekumpulan lelaki telah melalui kawasan situ. Mereka berempat dikenali sebagai Vernon Witbooi, Geraldo Parsons, Eben van Niekerk dan Nashville Julius ‘Pikes’ yang berusia antara 27 hingga 33 tahun. Keempat-empat lelaki itu seterusnya telah mendekati kereta Hannah sebelum mengacu pisau serta pemutar skru kepada Hannah dan Cheslin bagi melakukan rompakan. Telefon serta wang milik Hannah dan Cheslin telah dirampas oleh kumpulan perompak tersebut. Selesai merompak, salah seorang perompak itu iaitu Neshville segera beredar pergi dari lokasi kejadian. Nasib malang yang menimpa Hannah dan Cheslin menjadi berterusan apabila mereka diculik oleh baki tiga orang lagi perompak tersebut. Kereta Hannah seterusnya bergerak menuju ke sebuah stesen minyak.

Rakaman CCTV

    Sampai di stesen minyak, Vernon keluar dari kereta lalu memasuki sebuah kedai untuk mengeluarkan wang milik Cheslin. Vernon bagaimanapun menjadi marah selepas mendapati pin kad ATM yang diberikan Cheslin adalah palsu. Padahnya, kepala Cheslin dipukul dengan batu hingga dia tidak sedarkan diri. Dek kerana menyangka Cheslin sudah pun mati, kumpulan perompak itu telah meninggalkannya di sebuah kawasan yang sunyi sepi. Hannah yang dibawa ke lokasi berasingan turut menerima nasib sama seperti Cheslin. Bezanya, Hannah diperlakukan lebih kejam di mana dia telah dirogol secara bergilir-gilir oleh Vernon, Geraldo dan Eben. Walaupun Hannah merayu untuk dibiarkan hidup, menyedihkan kerana rayuannya tersebut langsung tidak diendahkan bahkan dia siap ditertawakan lagi. Pengakhiran hidup yang sangat tragis untuk Hannah apabila dia telah mati dibunuh di dalam sebuah kebun anggur akibat tusukan pisau pada leher dan kepalanya pula dihempap dengan batu besar seberat 7 kilogram. Tengkorak Hannah dilaporkan pecah.

RM5.99 : Link Shopee - https://shope.ee/3fZVxV2xou

    Keesokan harinya, pihak polis mula melancarkan operasi pemburuan suspek selepas mereka menerima laporan tentang Cheslin yang ditemui oleh orang awam dalam keadaannya cedera parah dan penemuan mayat Hannah yang dalam keadaan mengerikan. Seperkara yang harus diketahui iaitu selepas pembunuhan Hannah, ketiga-tiga orang suspek itu sempat melakukan rompakan terhadap dua orang lagi wanita.  Diringkaskan cerita, sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua. Vernon, Geraldo dan Eben berjaya ditangkap jua hasil intipan daripadaseorang detektif.

Suspek

    Berita pembunuhan kejam Hannah ternyata sukar untuk diterima oleh keluarga dan juga rakan-rakannya. Turut meratapi pemergian Hannah adalah golongan tidak berkemampuan yang sering dibantunya. Bapa Hannah ada memberitahu bahawa kehidupan keluarganya sudah berubah semenjak kematian anak perempuan kesayangannya. Adik lelaki Hannah sentiasa bertanya tentang keberadaan kakaknya itu. Paling mengejutkan ramai pihak iaitu lebih kurang hampir setahun selepas kejadian, ibu Hannah ditemui mati lemas ketika dia sedang mandi di sebuah pantai. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Vernon, Geraldo dan Eben yang didapati bersalah atas kesalahan merogol, merompak, membunuh dan beberapa lagi pertuduhan lain telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala Nashville pula dipenjara selama 15 tahun. Tentang Cheslin, dia terpaksa berhenti belajar kerana mengalami trauma serta mempunyai masalah pendengaran yang disebabkan insiden serangan ngeri tersebut.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM HANNAH CORNELIUS "