Kisah Pembunuhan Kejam Cathline Augustine

      Pada awal April 2026, satu kes pembunuhan kejam telah berlaku di wilayah Occidental Mindoro, Filipina. Mangsa iaitu Cathline Augustin, seorang mahasiswi berusia 21 tahun yang bercita-cita menjadi guru sekolah rendah telah menjadi korban kekejaman bapa saudaranya sendiri, Kalanza Cesarli Barleta. Cathline yang dikenali sebagai seorang yang penyayang dan aktif dalam penghasilan kandungan kreatif di TikTok telah menjadi mangsa kepada niat jahat yang terselindung di sebalik hubungan kekeluargaan.


     Kejadian bermula pada malam 5 April 2026 yakni ketika Cathline dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Kota Mamburau selepas bercuti di rumah keluarganya di Desa Barahan. Disebabkan kekangan masa teman lelakinya, mangsa telah meminta bantuan bapa saudaranya, Barleta untuk menghantarnya ke terminal pengangkutan awam. Namun sepanjang perjalanan, Barleta telah menunjukkan gelagat mencurigakan yang diperhatikan oleh mangsa melalui cermin pandang belakang motosikal sebelum pelaku mengambil keputusan untuk menukar laluan ke kawasan sunyi di Sitio Makulbo, wilayah Fatimah.

     ​Di kawasan yang terpencil dan kurang pencahayaan itu, Barleta menghentikan motosikalnya dengan alasan tayar bocor bagi memperdaya mangsa untuk turun daripada kenderaan. Sebaik sahaja mangsa turun, pelaku secara agresif menarik Cathline ke kawasan semak dan melancarkan serangan fizikal. Walaupun mangsa cuba melakukan perlawanan hebat, kekuatan fizikal pelaku yang jauh lebih dominan telah menyebabkan mangsa gagal menyelamatkan diri. Dalam situasi yang penuh keganasan, pelaku telah melakukan perbuatan keji sebelum mencekik mangsa sehingga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

     Kehilangan mangsa mula disedari oleh rakan sebilik dan keluarga apabila beliau tidak kunjung tiba di destinasi. Usaha mencari mangsa dijalankan oleh keluarga dan rakan-rakan. Mereka pada mulanya tertipu oleh kenyataan palsu Barleta yang mendakwa dia telah menghantar mangsa dengan selamat ke pusat pengangkutan awam. Ketegangan memuncak apabila keluarga akhirnya membuat laporan orang hilang kepada pihak polis pada 7 April 2026 yang membawa kepada siasatan forensik dan pemantauan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan tersebut.

     Rasa bersalah dan tekanan daripada siasatan polis yang semakin ketat telah mendesak Barleta untuk menyerah diri di Balai Polis Perbandaran Santa Cruz pada awal pagi 8 April 2026. Pengakuannya telah mendedahkan motif perbuatan yang didorong oleh nafsu serakah yang telah dipendam sejak sekian lama. Penemuan mayat mangsa di kawasan semak di Sitio Makulbo pada hari yang sama telah mengundang duka yang mendalam serta kemarahan luar biasa daripada ahli keluarga dan penduduk setempat.

     Kes ini telah mencetuskan gelombang protes di media sosial di bawah tanda pagar#JusticeForCathlineAugustin yang mendesak pihak berkuasa Filipina untuk mengenakan hukuman setimpal ke atas pelaku. Pada 10 April 2026, Barleta telah didakwa secara rasmi dan berdepan dengan hukuman penjara antara 20 hingga 40 tahun jika disabitkan dengan kesalahan pembunuhan terancang.


Catat Ulasan for "Kisah Pembunuhan Kejam Cathline Augustine"