Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KENALI ONG DAM SOROT, LELAKI THAILAND YANG MEMPUNYAI LAPAN ORANG ISTERI CANTIK

    THAILAND – Tular di media sosial tentang satu kisah di mana seorang lelaki pelukis tatu yang memiliki seramai 8 orang isteri. Pendedahan tersebut dibuat oleh lelaki itu iaitu Ong Dam Sorot dalam satu program wawancara Youtube bersama pelawak Thailand yang telah mencecah lebih tiga juta tontonan.

    Dalam rancangan tersebut, Ong Dam Sorot yang juga merupakan seorang Youtuber telah memperkenalkan seorang demi seorang isteri sebelum menceritakan bagaimana detik perkenalan mereka bermula. Cerita Ong Dam Sorot, dia berkenalan dengan isteri pertama yang bernama Nong Sprite semasa majlis perkahwinan perkahwinan rakannya. Nong kemudian telah bersetuju dengan lamaran perkahwinan yang dibuat oleh Ong Dam Sorot. Ong Dam Sorot mula bertentang mata dengan isteri keduanya di sebuah pasar manakala isteri ketiganya pula ditemui di hospital. Mengenai isteri keempat, kelima dan keenam Ong Dam Sorot, dia mengenali mereka bertiga menerusi laman media sosial yakni Facebook, Instagram serta Tiktok. Pertemuan dengan isteri ketujuh adalah di sebuah kuil. Isteri yang kelapan, Ong Dam Sorot telah temui sewaktu dia sedang dalam percutian di Pattaya bersama dengan empat orang isterinya.

    Uniknya, semua wanita berkenaan tinggal serumah dengan Ong Dam Sorot. Rumah Ong Dam Sorot mempunyai empat bilik dengan setiap bilik dihuni oleh dua orang. Tiada istilah cemburu mahupun iri hati dalam hidup isteri Ong Dam Sorot. Masing-masing bersabar untuk menunggu giliran bersama dengan suami mereka itu. Ong Dam Sorot digambarkan mereka sebagai suami yang berperwatakan baik, penyayang dan suka membuat lawak jenaka. Bercerita tentang kali pertama Ong Dam Sorot untuk bermadu, isteri pertama tidak mempunyai masalah dengan perkara tersebut atas dasar rasa sayang. Begitu juga dengan tujuh orang lagi isteri Ong Dam Sorot yang rela untuk berpoligami kerana mereka benar-benar mencintai lelaki itu.

    Apa lagi yang diketahui setakat ini, Ong Dam Sorot telah pun mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada salah satu perkahwinannya. Dua orang isteri Ong Dam Sorot pula sedang mengandung.

1 ulasan for "KENALI ONG DAM SOROT, LELAKI THAILAND YANG MEMPUNYAI LAPAN ORANG ISTERI CANTIK"

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam