Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ALDA SEPTIANDA SARI

    Kisah pembunuhan kejam ini baru saja berlaku di Langkat, Indonesia pada bulan Jun 2022 yang lepas. Alda Septianda Sari digambarkan seorang anak yang baik, rajin dan sangat mendengar kata kedua-dua orang tua. Dalam erti kata lain, Alda yang baru berusia 14 tahun bukanlah seorang gadis remaja bermasalah sama sekali. Dia bahkan begitu disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya.

    Kisah sebenar bermula pada 15 Jun 2022 bersamaan dengan hari Rabu apabila ibu bapa Alda telah membuat laporan polis mengenai anak gadis mereka yang langsung tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan tamat. Namun apa yang benar-benar mengejutkan yakni seminggu sesudah kehilangan Alda,mayatnya telah ditemui oleh penduduk setempat di sebuah kawasan semak-samun. Sewaktu penemuan tersebut, mayat Alda didapati dalam keadaan hampir telanjang iaitu tanpa baju dan tidak memakai seluar dalam. Terdapat kesan retakan pada bahagian belakang kepala Alda yang sudah pun menjadi tengkorak. Di sekeliling kepala Alda, terdapat lima ketulan batu yang dipercayai sebagai senjata pembunuhan.

    Berdasarkan siasatan terperinci yang pihak polis lakukan, mereka mendapat maklumat tentang Alda yang telah membonceng sebuah motosikal bersama dengan seorang lelaki pada harinya dilaporkan hilang. Pihak polis kemudian tidak mengambil masa lama untuk menjejak serta menangkap lelaki tersebut yang dikenali sebagai Fajar Sidik (19 tahun). Penangkapan itu dibuat pada 27 Jun 2022 di sebuah bengkel motosikal tempatnya bekerja. Hasil sesi soal siasat, Fajar membuat pengakuan bahawa dia merupakan teman lelaki kepada Alda di mana mereka berdua menjalinkan hubungan sejak setahun yang lalu. Dakwa Fajar lagi, motif pembunuhannya adalah kerana Alda menolak ajakannya untuk berhubungan seks.

    Cerita Fajar lagi mengenai hari kejadian, dia telah datang menjemput Alda di sekolah dengan motosikal sebelum membawa Alda ke sebuah kawasan semak-samun yang sunyi sepi. Di situ, Fajar pun memaksa Alda melakukan hubungan seks. Walau bagaimanapun, Alda enggan untuk berbuat sedemikian sekaligus mencetuskan kemarahan Fajar. Jadi Fajar bertindak untuk mencium Alda secara paksa. Alda bagaimanapun cuba melepaskan diri dengan cara menggigit bibir Fajar. Dek kerana semakin berasa marah, Fajar telah memukul leher Alda hingga pengsan. Sewaktu Alda pengsan inilah dia dirogol sebanyak dua kali oleh Fajar. Apabila Alda kembali tersedar serta menyedari dirinya sudah dirogol, dia menyatakan kebimbangannya yang berkemungkinan besar akan hamil. Mendengar perkara itu, Fajar terus berasa panik lalu menghentak kepala Alda secara berkali-kali dengan menggunakan batu yang ada di lokasi kejadian. Setelah Alda tidak lagi bernyawa, Fajar pun segera beredar pergi. Dia sempat mengambil baju dan tas tangan milik Alda untuk dibuangnya ke dalam sungai yang berdekatan.

    Fajar kini dilaporkan masih lagi menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah. Jika didapati bersalah, dia bakal berdepan dengan hukuman samada dihukum mati atau dipenjarakan untuk seumur hidup.           

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM ALDA SEPTIANDA SARI"