Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

FAKTA RINGKAS LOKASI PENGGAMBARAN FILEM PENGABDI SETAN 2

    Filem seram Indonesia iaitu Pengabdi Setan 2 : Communion sudah pun dimulakan tayangannya sejak 4 Ogos yang lalu. Hingga pada hari ini, filem ini masih lagi menjadi bualan hangat orang ramai terutamanya tentang lokasi penggambaran yakni di sebuah bangunan rumah pangsa yang telah terbiar serta terbengkalai sejak daru 15 tahun lepas. Berikut adalah beberapa fakta ringkas lokasi penggambaran yang menjadi pilihan pengarah filem iaitu Joko Anwar pada kali ini :

    Lokasi penggambaran filem Pengabdi Setan 2 : Communion ini terletak di Bintara Jaya yang merupakan kawasan sempadan Jakarta Timur dan Bekasi. Rumah pangsa ini turut dikenali sebagai Rusunami, kata singkatan daripada Rumah Susun Sederhana Milik.

    Joko Anwar dan krew filemnya sebelum itu telah berusaha mencari sendiri rumah pangsa yang sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem. Selepas empat bulan Joko Anwar melakukan pencarian, baru dia mendapat mendapat tahu tentang Rusunami. Maklumat Rusunami tersebut diperolehi Joko Anwar daripada seorang pengguna Twitter. Nama pengguna Twitter itu kemudian telah diselitkan Joko Anwar pada kredit filem Pengabdi Setan 2 : Communion.

    Hasil carian daripada pelbagai sumber Internet, Rusunami yang mempunyai 15 tingkat ini mula dibina pada tahun 2007 sebelum terbengkalai pembinaan pada tahun berikutnya. Rusunami yang disediakan khas untuk masyarakat berpendapatan rendah ini merupakan salah sebuah program subsidi pembangunan sewaktu era pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Punca sebenar Rusunami terbengkalai masih tidak diketahui.

    Dalam salah satu wawancara Joko Anwar, dia ada memberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan untuk menjalani penggambaran di tingkat tujuh bangunan Rusunami ini. Dalam erti kata lain, ada sesuatu di tingkat tujuh itu. Seperkara yang dapat dipastikan, Rusunami ini sudah kosong selama 15 tahun dan  belum pernah dihuni oleh sesiapapun sejak pembinaan terbengkalai. Disebabkan itu, kebanyakan bahan binaan terpaksa dibina dan dibaiki semula termasuk pembaikian lif bagi memudahkan sesi penggambaran filem.

Catat Ulasan for "FAKTA RINGKAS LOKASI PENGGAMBARAN FILEM PENGABDI SETAN 2"