Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH HASYIM DAN DEVI : Tragedi Cinta Berdarah

    Kisah pembunuhan kerana cinta ini berlaku di Wilayah Asahan, Indonesia pada awal tahun 2019. Kisah bermula pada 7 Januari 2019 apabila seorang lelaki pekerja di Hotel Central Kiasan telah pergi mengetuk sebuah pintu bilik hotel bernombor C12. Ketukan pintu itu dibuat bertujuan bagi memaklumkan penghuni bilik berkenaan bahawa tempoh waktu penginapan untuk bilik tersebut sudah pun tamat. Selepas pintu bilik itu masih tidak dibuka walaupun sudah berkali-kali diketuk, maka pekerja lelaki tersebut terus pergi mengambil kunci pendua seperti yang diarahkan oleh pihak majikannya. Apabila pihak pengurusan hotel memasuki bilik hotel itu, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapat dua mayat manusia yakni seorang lelaki dan seorang wanita sedang terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Kedua-dua mangsa didapati hanya berpakaian dalam.

    Hasil pemeriksaan, identiti dua orang mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Hasyim Prasetya (33 tahun) dan Devi Istiana (23 tahun). Mangsa dilaporkan telah mendaftar masuk ke dalam bilik hotel itu pada sehari sebelum penemuan mayat mereka. Berdasarkan siasatan mendapati punca kematian Hasyim dan Devi ini adalah disebabkan bunuh diri. Kenyataan ini dibuat hasil daripada keterangan beberapa orang saksi serta penemuan beberapa bahan bukti penting di lokasi kejadian iaitu sepucuk pistol, dua telefon bimbit, beg sandang, sebilah pisau, dua buah motosikal, barangan peribadi dan nota bertulis daripada Hasyim untuk ibunya. Selain itu, pihak polis turut menemui kesan air mani pada tubuh Devi.

    Siasatan lanjut mendapati Hasyim dan Devi sebenarnya pernah bertunang. Pertunangan itu bagaimanapun diputuskan oleh keluarga Devi tanpa sebab yang jelas. Ada yang mengatakan punca tali pertunangan tersebut putus kerana Devi dikatakan ingin berkahwin dengan lelaki lain dan ada juga mendakwa keluarga Devi tiba-tiba tidak merestui hubungan Devi dengan Hasyim. Menerusi semakan perbualan aplikasi Whatsapp antara bekas pasangan tunang itu, Hasyim telah menyatakan rasa kekecewaannya terhadap tindakan keluarga Devi yang tiba-tiba memutuskan tali pertunangan mereka. Hasyim dan Devi sudah menjalinkan hubungan sejak dari tiga tahun sebelumnya. Hasyim yang bekerja sebagai seorang pemandu juga sering memuat naik fotonya bersama dengan Devi di laman akaun media sosial Facebook dan adakala melakukan hantaran luahan perasaan tentang hubungan mereka.

    Jadi berbalik pada hari kejadian yakni pada 6 Januari 2019, Hasyim telah mengajak Devi untuk bertemu di hotel. Devi bersetuju akan tetapi tidak dapat dipastikan mengenai niat pada hari tersebut samada untuk bertemu dengan Hasyim buat kali terakhir atau sebaliknya. Sewaktu berada di dalam bilik hotel tersebut, Hasyim telah menembak bahagian belakang kepala Devi dari jarak dekat dengan menggunakan pistol. Sesudah berbuat sedemikian, Hasyim pun menembak kepalanya sendiri. Pengakhiran kisah, pihak polis mengesahkan bahawa tiada indvidu lain yang terlibat dalam kes kematian Hasyim dan Devi ini. Perkara ini bermaksud kes ini dianggap selesai. 

Catat Ulasan for "KISAH HASYIM DAN DEVI : Tragedi Cinta Berdarah"