Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 FAKTA TENTANG SALMAN KHAN

    Rasanya hampir semua orang kenal dengan nama Salman Khan iaitu selebriti popular dan paling berpengaruh di dalam industri Bollywood. Bagi saja apa watak kepadanya, sudah tentu menjadi. Setiap filem yang dilakonkannya, peminat fanatiknya akan berpusu-pusu datang ke panggung wayang. Walaupun umurnya telah pun mencecah separuh kehidupan, dia masih lagi mampu memberikan lakonan yang mantap lagi luar biasa terutamanya filem bergenre aksi.

    Berikut adalah 10 fakta yang perlu diketahui tentang aktor legenda ini.

    1. Nama sebenar Salman Khan adalah Abdul Rashid Salim Salman Khan.

    2. Salman Khan merupakan seorang model sebelum dia menceburi dunia perfileman.

    3. Salman Khan adalah seorang jaguh berenang. Sewaktu zaman persekolahannya, dia pernah beberapa kali mewakili negara India dalam pertandingan renang.

    4. Impian sebenar Salman Khan sebelum bergelar sebagai seorang pelakon adalah untuk menjadi penulis yang hebat. Jalan cerita untuk tiga buah filem lakonan Salman Khan iaitu Baaghi: A Rebel For Love (1990), Veer (1993) dan 'Chandramukhi' (2010) adalah ideanya sendiri. Ketiga-tiga filem tersebut bagaimanapun tidak berjaya mencecah status pecah panggung.

    5. Selain pandai berlakon serta menulis, Salman Khan berbakat dalam seni lukisan hingga ada antara lukisan tersebut dipamerkan dalam pameran seni serta dijual dengan nilai yang tinggi.


Link Shopee : https://shope.ee/2VKbS9ibAK

    6. Filem thriller Baazigar (1993) telah berjaya mengangkat nama Shah Rukh Khan. Tahukah anda, Salman Khan sebenarnya adalah pilihan utama berbanding Shah Rukh Khan untuk meneraju filem tersebut. Salman Khan bagaimanapun memilih untuk menolak tawaran berlakon dalam filem itu kerana dia enggan memegang watak sebagai lelaki jahat. 

    7. Salman Khan menyanyikan sendiri lagu Chandi Ki Daal Par dalam filem Hello Brother (1999).

    8. Salman Khan pernah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kerana terlibat dalam kes langgar lari pada tahun 2002 hingga menyebabkan kematian seorang lelaki gelandangan. Hukuman itu bagaimanapun telah ditarik balik selepas pihak hakim mendapati tiada sebarang bukti kukuh untuk membuktikan Salman Khan bersalah. 

    9. Salman Khan pernah bercinta dengan aktres cantik iaitu Aishwarya Rai hingga dilabel sebagai pasangan paling secocok dalam industri Bollywood. Hubungan mereka bagaimanapun tidak berkekalan disebabkan sikap panas baran Salman Khan. Lebih dahsyat, Salman Khan telah memusuhi aktor Vivek Oberoi hanya kerana Aishwarya Rai. Kisah penuh boleh dibaca di sini : Kisah Permusuhan Salman Khan dengan Vivek Oberoi.

Link Shopee : https://shope.ee/8zY5CCUpqC

    10. Salman Khan kini telah berusia 57 tahun dan dia masih lagi belum berkahwin, kekal menjadi kegilaan ramai wanita. 

Catat Ulasan for "10 FAKTA TENTANG SALMAN KHAN "