Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DISYAKI CURANG, WANITA DIKERAT ENAM BAHAGIAN

    INDIA –  Mayat seorang wanita yang dikerat kepada enam bahagian telah ditemui dalam tangki air sebuah rumah berlokasi di Chattisgarh’s Bilaspur. Identiti mangsa berusia 23 tahun tersebut dikenal pasti sebagai Saty Sahu. Dia dipercayai telah mati dibunuh oleh suaminya iaitu Pavan Singh, 32 tahun sekitar dua bulan lalu sebelum pihak polis menemui mayat wanita berkenaan pada 5 Mac baru-baru ini. Berdasarkan laporan daripada media tempatan, Pavan dan Saty yang juga berlainan kasta mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan mereka.

Link Shopee : https://shope.ee/4V5mQtd9IT

    Soal bagaimana insiden pembunuhan ini terbongkar, pihak polis pada mulanya telah menyerbu rumah Pavan setelah mendapat maklumat tentang kegiatan penggunaan wang palsu yang dilakukan oleh lelaki itu. Sewaktu serbuan ini dibuatlah pihak polis menghidu satu bau busuk dari arah sebuah tangki air dalam rumah Pavan. Selepas pemeriksaan dibuat, tangki air tersebut didapati mengandungi enam bahagian mayat manusia tidak lain tidak bukan mayat Saty yang telah dibungkus secara berasingan dengan plastik serta dilekat menggunakan pita pelekat. Rentetan daripada penemuan yang mengerikan itu, pihak polis segera melakukan penangkapan terhadap Pavan. Pada masa sama, pihak polis telah menemui mesin pencetak dan wang palsu di lokasi kejadian.

    Menerusi pengakuan daripada mulut Pavan, dia mendakwa membunuh Saty dengan cara cekikan kerana mengesyaki isterinya itu berlaku curang kepadanya. Kata Pavan lagi yakni sesudah Saty mati, dia telah pergi membeli tangki air dan alat pemotong. Pavan pada mulanya ingin membakar mayat Saty. Dia bagaimanapun membatalkan niat tersebut kerana berasa khuatir cara pembakaran itu boleh mendatangkan bau busuk sekaligus akan menyebabkan jiran terdekat akan berasa curiga kepadanya. Pavan turut menjelaskan bahawa dia terpaksa menyimpan mayat Saty kerana rancangannya untuk membuang mayat isterinya sering berdepan dengan pelbagai halangan tertentu.

RM186.00 (Link Shopee : https://shope.ee/2pxYRxlUFO)

    Pavan kini berdepan dengan dakwaan melakukan jenayah pembunuhan dan cetakan wang palsu. Kes masih dalam siasatan sepenuhnya oleh pihak polis. 

Catat Ulasan for "DISYAKI CURANG, WANITA DIKERAT ENAM BAHAGIAN"