Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KAYLA UNBEHAUN DITEMUI SEMULA SELEPAS 6 TAHUN HILANG

    AMERIKA SYARIKAT – Seorang remaja perempuan iaitu Kayla Unbehaun yang dilaporkan hilang sejak enam tahun yang lalu akhirnya berjaya ditemui. Kayla yang kini berusia 15 tahun dilaporkan telah menjadi mangsa penculikan ibunya sendiri yang dikenali sebagai Heather Unbehaun.

Link Shopee : https://shope.ee/2AjZwY2bE1

    Menerusi laporan media, Kayla yang ditemui di selatan California disahkan berada dalam keadaan baik dan sudah pun dipertemukan semula dengan bapanya iaitu Ryan Iserka. Kayla sebelum ini telah hilang di Illionis yakni sewaktu dia berusia 9 tahun.

    Ryan mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap Kayla pada awal tahun 2017. Tentang Heather pula, dia diberikan hak untuk meluangkan masa bersama dengan anak perempuannya itu pada setiap hujung minggu. Pada 5 Julai 2017, Ryan telah pergi ke rumah Heather untuk mengambil Kayla. Ryan kemudian terus membuat satu laporan polis susulan diberitahu oleh keluarga Heather tentang Heather dan Kayla yang langsung tidak pulang ke rumah setelah pergi ke satu trip perkhemahan.

    Hinggalah pada 13 Mei 2023 lalu, seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya telah melihat Kayla di dalam sebuah kedai pakaian. Wanita berkenaan dapat mengecam wajah Kayla dengan jelas kerana dia pernah menonton kisah penculikan Kayla menerusi siri Unsolved Mysteries dalam Netflix. Tanpa berlengah, wanita terbabit segera memaklumkan penemuannya itu kepada pekerja dalam kedai pakaian tersebut yang seterusnya bertindak untuk menghubungi pihak polis.

Link Shopee : https://shope.ee/4pkL7Wd5iT

    Selepas laporan tersebut dibuat, Heather telah ditangkap dengan serta-merta. Dia bagaimanapun sudah dibebaskan semula dengan ikat jamin. Perbicaraan kes dijadual akan mula berlangsung pada bulan Julai 2023. 

Catat Ulasan for "KAYLA UNBEHAUN DITEMUI SEMULA SELEPAS 6 TAHUN HILANG"