Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH MENYEDIHKAN RYU ARTHIT : Dahulu Pelakon, Kini Gelandangan

    Hidup ini bagaikan misteri. Tiada siapa dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan dalam kehidupan seseorang itu. Adakah berubah 180 darjah yang bermaksud baik atau sebaliknya. Inilah yang berlaku terhadap bekas artis lelaki yang pernah popular serta menjadi kegilaan ramai wanita pada lewat tahun 1990-an dan awal 2000-an dahulu. Artis yang dimaksudkan ini adalah Arthit Taongsawatrat atau lebih dikenali sebagai Ryu Athit. Salah satu drama popular Thailand lakonan Ryu Arthit yang pernah menjadi kegemaran rakyat Malaysia satu ketika dahulu adalah “Wai Rai Freshy”.

Link Shopee : https://shope.ee/8A0p3hRwn2

    Pada zaman kemuncak karier Ryu Arthit, dia yang berwajah tampan sentiasa menjadi rebutan kebanyakan penerbit sama ada untuk menghiasi kulit majalah atau membintangi klip video serta drama televisyen. Namun benarlah orang kata, populariti tidak akan berkekalan. Apa yang menyedihkan tentang Ryu Arthit, dia yang kini sudah berusia 45 tahun telah menjadi seorang gelandangan. Ryu hanya tidur di tepi jalan dan menggunakan tandas awam sebagai tempatnya untuk mandi. Malah Ryu juga terpaksa menjual barangan dan pakaian terpakai untuk meneruskan sisa-sisa kehidupannya.

    Jadi apa sebenarnya yang berlaku kepada Ryu Arthit hingga menyebabkan kehidupannya daripada seorang artis ternama hingga menjadi gelandangan? Pada tahun 2005 yakni selepas penampilan terakhirnya dalam drama  “Theptida Long Ngan”, Ryu Arthit tiba-tiba membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada industri lakonan Thailand. Keputusan yang mengejutkan ramai pihak tersebut dibuat oleh Ryu selepas dia disahkan mengidap penyakit gangguan bipolar. Ryu seterusnya menjalani rawatan sakit mentalnya itu di hospital selama 10 tahun. Rawatan tersebut bagaimanapun tidak berjaya sekaligus membuatkan Ryu Arthit semakin tertekan.

Link Shopee : https://shope.ee/4Ko6Uqbclw

    Difahamkan Ryu pernah berkahwin sebanyak dua kali akan tetapi kedua-dua perkahwinannya itu berakhir dengan perceraian. Ryu mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama dan seorang lagi anak daripada perkahwinan kedua. Penceraian Ryu dikatakan berlaku setelah bekas pelakon tersebut diisytiharkan muflis. Kehidupan Ryu sesudah itu kekal menjadi terumbang-ambing kerana tiada sesiapa pun yang membantunya. Walaupun sudah tidak lagi berharta seperti dulu, Ryu yakin bahawa kehidupannya sekarang akan menemui sinar semula pada satu hari kelak. 

1 ulasan for "KISAH MENYEDIHKAN RYU ARTHIT : Dahulu Pelakon, Kini Gelandangan"

  1. Boleh tolong buatkan page ni ada 'dark mode' atau 'night mode' .senang sikit nak baca,ni terang sangat,sakit mata bila baca.saya dahla rabun jauh. Minta tolong ye..

    BalasPadam