Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM JAN & QUAIANA

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada tahun 2008 bertempat di Riverside County, California, Amerika Syarikat. Tahun tersebut, Jan Pietrzak merupakan seorang anggota tentera laut berusia 24 tahun manakala isterinya yang mempunyai ijazah dalam bidang kesihatan awam pula bernama Quaiana Jenkins, 26 tahun. Pasangan suami isteri itu dikatakan saling Quaina antara satu sama. Malah pada hari majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 8 Ogos 2008, Jan menitiskan air mata kerana Quaiana telah menjadi isterinya yang sah.

Link Shopee : https://shope.ee/40BCcYXE3s

    Pada malam 14 Oktober 2008 yakni dua bulan selepas Jan dan Quaiana bergelar sebagai pasangan suami isteru, rumah mereka telah diceroboh masuk oleh empat orang penceroboh bertopeng serta bersenjata. Jan dan Quaiana kemudian diikat dan dilekat mulut mereka dengan pita pelekat. Jan telah diseksa dibelasah dengan begitu teruk sekali. Begitu juga dengan Quaiana. Lebih kejam, penceroboh itu menanggalkan pakaian Quaiana sebelum merogol wanita berkenaan betul-betul di depan mata Jan. Barangan berharga seperti wang tunai barang kemas dan kad kredit turut diambil oleh penceroboh tersebut. Sesudah rompakan itu, penceroboh menembak mati Jan dan Quaiana pada bahagian kepala. Jan dilaporkan ditembak sebanyak dua kali.

    Keesokan hari selepas kejadian pembunuhan tersebut, pihak majikan Jan telah pergi memeriksa rumah pasangan itu. Pemeriksaan dibuat susulan Jan yang tidak datang bekerja serta pada masa sama gagal untuk dihubungi sama sekali. Jadi kedatangan pihak majikan Jan pada hari tersebut sekaligus telah membawa kepada penemuan mayat Jan dan Quaina. Pemeriksaan awal pihak polis di lokasi kejadian menemui kesan contengan pada dinding serta cermin yang diconteng penceroboh dengan ayat berunsur kebencian serta perkauman.


Link Shopee : https://shope.ee/8KKBmdiM7c

    Berdasarkan bahan bukti serta petunjuk yang pihak polis temui di lokasi kejadian, mereka akhirnya dapat menangkap keempat-empat di mana semua mereka merupakan anggota tentera laut iaitu Kesaun Sykes (21 tahun), Tyrone Miller (20 tahun), Kevin Cox (20 tahun) dan Emry John (18 tahun). Dua daripada mereka itu adalah anggota tentera laut yang bekerja di bawah seliaan Jan. Meskipun bergelar sebagai anggota tentera laut, mereka berempat didapati giat melakukan aktiviti jenayah pada waktu malam. Salah satu satu petunjuk yang membawa kepada penangkapan pelaku, pihak polis mengesyaki pembunuhan tersebut dilakukan oleh anggota tentera setelah barang peralatan tentera milik Jan langsung tidak diusik dan dibawa lari oleh pelaku. Perkara ini adalah sesuatu yang mustahil sekiranya pelaku adalah orang biasa yang tidak mempunyai sebarang latar belakang ketenteraan. Selain itu, Jan juga dikhabarkan sebagai seoarang ketua yang begitu tegas hingga menyebabkannya tidak disukai oleh kebanyakan anak buahnya terutama Tyrone Miller.

    Keputusan perbicaraan kes pada akhirnya menyaksikan Kesaun Sykes, Tyrone Miller dan Emry John yang didapati bersalah telah menerima hukuman mati. Sementara itu, Kevin Cox pula diperintahkan untuk menjalani dua hukuman penjara seumur hidup. Meskipun motif pembunuhan Jan dan Quaiana dinyatakan bermotif rompakan, ibu Jan meyakini anaknya telah dibunuh atas dasar kebencian dan perkauman. 

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM JAN & QUAIANA"