KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YANG XIN

Pada 21 Januari 2009, satu kejadian ngeri telah berlaku di Virginia Polytechnic Institute and State University, atau lebih dikenali sebagai Virginia Tech yang terletak di Blacksburg, Virginia, Amerika Syarikat. Pada malam tersebut, seorang pelajar graduan berbangsa Cina bernama Yang Xin yang berusia 22 tahun dan berasal dari Beijing ditemui mati secara kejam ketika sedang minum kopi di sebuah kafe dalam kawasan kampus.
Yang Xin baru sahaja tiba di Virginia Tech pada 8 Januari 2009 untuk memulakan pengajian peringkat sarjana dalam bidang perakaunan di Pamplin College of Business. Walaupun tempoh keberadaannya di kampus masih singkat, Yang digambarkan sebagai seorang pelajar yang peramah, mudah didekati dan aktif dalam aktiviti sosial pelajar. Rakan-rakan menyatakan Yabg sedang berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai pelajar di luar negara dan kelihatan bersemangat memulakan fasa baharu dalam hidupnya.

Pelaku pembunuhan dikenal pasti sebagai Zhu Haiyang, seorang pelajar kedoktoran (Ph.D.) dalam bidang ekonomi pertanian dan ekonomi gunaan, berusia 25 tahun yang juga berasal dari China. Siasatan mendapati Zhu dan Yang saling mengenali melalui hubungan sosial di kampus. Malah rekod kecemasan universiti menunjukkan nama Zhu disenaraikan sebagai salah seorang kenalan kecemasan Yang sekali gus membuktikan wujudnya hubungan yang agak rapat atau sekurang-kurangnya hubungan peribadi antara mereka.
Pada petang kejadian yakni sekitar jam 7.00 malam, Yang dan Zhu berada di Au Bon Pain, sebuah kafe kecil yang terletak di Graduate Life Center, kawasan penginapan pelajar di dalam kampus. Menurut saksi, tiada sebarang pertengkaran atau perbualan tegang yang kelihatan sebelum serangan berlaku. Namun secara tiba-tiba, Zhu menyerang Yang menggunakan pisau daging yang dibelinya pada pagi hari yang sama bersama beberapa peralatan lain termasuk dua bilah pisau tambahan dan sebuah pemukul besi. Serangan itu berlaku dengan pantas dan mengejutkan orang ramai yang berada di dalam kafe tersebut.
![]() |
Dalam usaha mempertahankan diri, Yang cuba melawan seperti yang dibuktikan oleh banyak kesan luka pada bahagian lengan dan tangannya, menandakan dia cuba menangkis serangan. Namun keganasan yang dilakukan Zhu terlalu ganas dan tidak terkawal. Serangan itu berakhir dengan perbuatan yang amat mengerikan apabila Zhu memisahkan kepala mangsa daripada badannya di hadapan orang awam. Beberapa minit selepas panggilan kecemasan dibuat, pihak polis tiba di lokasi dan mendapati Zhu berselimut darah sambil memegang kepala mangsa. Keadaan di kafe yang biasanya tenang bertukar menjadi suasana panik, dengan saksi bertempiaran lari dan ada yang bersembunyi di belakang kaunter bagi menyelamatkan diri.
Zhu ditahan serta-merta di tempat kejadian tanpa sebarang perlawanan. Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa senjata tajam berada di dalam begnya. Selain itu, rekod telefon menunjukkan Zhu telah membuat lebih sepuluh panggilan kepada Yang sebelum kejadian. Siasatan pihak pendakwaan kemudiannya mendedahkan bahawa motif pembunuhan berpunca daripada penolakan romantik. Zhu dipercayai menyimpan perasaan terhadap Yang dan berusaha menjalin hubungan namun ditolak selepas Yang memaklumkan bahawa dia sudah mempunyai kekasih di mana dirinya sudah merancang untuk berkahwin. Dalam sepucuk surat yang ditulis selepas kejadian, Zhu mendakwa bahawa penolakan tersebut telah memaksanya bertindak sedemikian kerana cinta yang terlalu mendalam terhadap Yang.


Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YANG XIN "