Ngeri! Isteri Cabut Otak Suami Lepas Berang Dipukul

     Kejadian yang berlaku pada penghujung Ogos 2024 di bandar Shahjahanpur, Uttar Pradesh, India telah mengejutkan orang ramai selepas rakaman ngeri melibatkan seorang isteri yang bertindak di luar batasan tular di media sosial. 

     Mangsa iaitu Satya Pal dan suspek, Gayatri Devi telah mendirikan rumah tangga selama 18 tahun. Namun di sebalik tempoh perkahwinan yang lama itu, kehidupan mereka dilaporkan dipenuhi dengan penderitaan. Menurut laporan jiran tetangga dan pihak polis, Satya Pal merupakan seorang kaki botol yang sering mencetuskan pergaduhan. Hubungan mereka yang sangat tolsik itu mencapai tahap di mana anak-anak pasangan tersebut terpaksa dihantar tinggal bersama nenek mereka kerana keadaan rumah yang sentiasa dipenuhi keganasan dan pertengkaran mulut. Gayatri juga dilaporkan mengalami tekanan perasaan atau depresi yang teruk akibat penderaan mental dan fizikal secara berterusan.

      Kejadian ini bermula pada suatu petang apabila Satya Pal pulang ke rumah dan mendapati isterinya tidak menyediakan makan tengah hari. Apabila ditanya, Gayatri menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli daging. Jawapan tersebut mencetuskan kemarahan Satya yang kemudiannya menghina dan menyerang Gayatri secara fizikal menggunakan sebatang kayu. Serangan itu mengenai kepala Gayatri. Pada saat itulah, benteng kesabaran wanita itu dilaporkan runtuh.

     Maka dalam keadaan marah yang meluap-luap, Gayatri mencapai sebiji bata yang berada berhampiran dan membalas serangan tersebut. Dia menghentam kepala suaminya dengan kuat sehingga lelaki itu terjatuh ke tanah di luar rumah mereka. Tanpa menghiraukan rayuan atau keadaan suaminya yang sudah tidak berdaya, Gayatri terus menghentam kepala Satya Pal berkali-kali sehingga tengkorak lelaki itu hancur sepenuhnya.

     Apa yang paling mengejutkan dalam kes ini adalah tindakan Gayatri selepas suaminya meninggal dunia. Di bawah sinaran matahari dan disaksikan oleh orang ramai yang mula berkumpul, Gayatri duduk di sebelah mayat suaminya dalam keadaan histeria. Rakaman video menunjukkan dia memasukkan tangannya ke dalam rongga kepala suaminya yang telah hancur dan menarik keluar cebisan otak serta tisu daging. Kejadian ini dilakukan seolah-olah dia berada dalam keadaan tidak sedar atau mengalami gangguan psikotik akut akibat trauma yang terlampau.

     Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian terpaksa mengambil masa untuk menenangkan Gayatri. Seorang anggota polis dilihat cuba berdialog dengan wanita tersebut bagi menghalangnya daripada terus menghancurkan mayat. Sementara itu, orang ramai termasuk kanak-kanak yang kebetulan lalu di situ menyaksikan pemandangan yang amat trauma tersebut. Pihak polis Shahjahanpur mengesahkan bahawa Gayatri Devi telah ditangkap di lokasi kejadian dan mayat Satya Pal pula dihantar untuk proses bedah siasat. Sehingga laporan terakhir, Gayatri berada dalam tahanan reman sementara menunggu perbicaraan penuh.

Catat Ulasan for "Ngeri! Isteri Cabut Otak Suami Lepas Berang Dipukul"