Kisah Pasangan Kanibal Novinka: Kanak-Kanak 12 Tahun Dan Kekasihnya Makan Otak Manusia.

Pada akhir tahun 2018, satu kes pembunuhan kanibalisme telah berlaku di negara Rusia. iArkady Zverev, seorang pemuda berusia 22 tahun dari Rostov mempunyai latar belakang hidup yang sangat kelam. Dilahirkan dalam kemiskinan tegar, Arkady dilaporkan menghidap skizofrenia sejak usia remaja dan mempunyai sejarah keluarga dengan masalah mental yang kronik. Sebelum kejadian di Novinka, dia mempunyai rekod keganasan termasuk serangan kejam terhadap seorang gelandangan sehingga mangsa mengalami kecederaan organ dalaman yang serius. Malah Arkady juga disyaki terlibat dalam kematian bekas kekasihnya, Olga yang maut selepas jatuh dari tingkat sembilan sebuah bangunan. Dia bagaimanapun tidak pernah dituduh secara rasmi oleh pihak polis atas kejadian itu.

Keadaan menjadi lebih parah apabila Arkady bertemu dengan Valeria, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dari Sochi. Valeria merupakan seorang kanak-kanak yang sangat bermasalah dan kerap melarikan diri dari rumah. Dia dikatakan mempunyai taksub yang pelik terhadap elemen kegelapan, syaitan dan kematian. Kedua-duanya memulakan hubungan yang tidak munasabah dan melarikan diri bersama-sama sejauh 2400 kilometer menuju ke Saint Petersburg sebelum akhirnya bertemu dengan mangsa mereka iaitu Alexander Popovich.
Alexander Popovich, seorang pekerja jalan raya berusia 21 tahun yang bersifat murah hati telah menawarkan tempat tinggal kepada pasangan gelandangan ini di rumah keluarganya di kampung Novinka dengan harga sewa yang sangat rendah. Walau bagaimanapun, kebaikan Alexander dibalas dengan pengkhianatan yang tidak terbayang dek akal. Pada malam 2 Oktober 2018 yakni selepas mereka bertiga meluangkan masa bersama, Alexander telah tertidur. Ketika itulah Arkady dan Valeria melancarkan serangan nekad.
Menggunakan pisau yang telah dibeli oleh Valeria pada siang hari, Arkady menikam Alexander lebih daripada 20 kali. Valeria tidak hanya melihat di mana dia turut serta dalam serangan tersebut dengan mengambil pisau dari dapur lalu menikam mangsa. Selepas Alexander diyakini meninggal dunia, tindakan mereka menjadi lebih ekstrem. Mereka menggunakan gergaji dan pisau untuk melapah anggota badan mangsa. Valeria mengakui kepada polis bahawa dia mahu melihat rupa organ dalaman manusia kerana perasaan ingin tahu yang mendalam.
![]() |
| Mangsa |
Kemuncak kepada kekejaman ini adalah apabila mereka mula memasak bahagian badan mangsa. Laporan forensik dan pengakuan pelaku mendedahkan bahawa mereka telah menggoreng otak, jantung dan sebahagian daging dada Alexander untuk dimakan. Malah kepala mangsa ditemui di dalam ketuhar gelombang mikro selepas mereka cuba memasaknya pada suhu tinggi. Arkady juga mengaku telah memakan salah satu biji mata mangsa selepas mencungkilnya keluar.
Rahsia mereka terbongkar pada pagi 3 Oktober apabila jiran-jiran ternampak asap keluar dari rumah tersebut. Rupa-rupanya dapur yang digunakan untuk memasak daging mangsa telah terbakar sedikit sekali gus memaksa pasangan itu melarikan diri. Pihak polis yang tiba di lokasi menemui pemandangan yang sangat ngeri. Cebisan mayat di atas kuali dan bahagian badan yang berselerakan di ruang tamu.

Arkady dan Valeria berjaya ditangkap tidak lama kemudian. Dalam soal siasat, mereka menceritakan butiran kejadian dengan tenang dan tanpa rasa bersalah. Arkady mendakwa dia ingin merasai otak manusia selepas melihat otak bekas kekasihnya bersepah di atas jalan raya semasa kejadian maut dahulu. Namun keadilan di mahkamah tidak sempat dilaksanakan sepenuhnya terhadap Arkady. Semasa menunggu perbicaraan, dia cuba membunuh diri sebelum akhirnya meninggal dunia di hospital akibat komplikasi perubatan pada April 2019.
Bagi Valeria, undang-undang Rusia menetapkan bahawa kanak-kanak di bawah usia 14 tahun tidak boleh dikenakan pertuduhan jenayah berat. Disebabkan itu, dia hanya dihantar ke pusat pemulihan dan rumah anak yatim. Valeria dilaporkan tidak menunjukkan rasa kesal dan sering menceritakan pengalaman memakan otak manusia kepada rakan sekolahnya

Catat Ulasan for "Kisah Pasangan Kanibal Novinka: Kanak-Kanak 12 Tahun Dan Kekasihnya Makan Otak Manusia."