Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

INI 8 FAKTA TENTANG AKSHAY KUMAR YANG MUNGKIN RAMAI ORANG TIDAK KETAHUI

    Akshay Kumar merupakan salah seorang pelakon popular dan paling berpengaruh di dalam industri Bollywood. Bagilah apa saja pun watak kepadanya, sudah tentu akan menjadi. Kejayaan yang Akshay Kumar kecapi di Bollywood adalah bukan atas faktor amalan nepotisme akan tetapi hasil usaha kerasnya sendiri sejak dari permulaan karier. Berikut adalah lapan fakta tentang Akshay Kumar yang mungkin ramai orang tidak ketahui.

    1. Nama sebenar Akshay Kumar adalah Rajeev Hari Om Bhatia. Hari Om merupakan nama bapanya yakni seorang anggota tentera. Akshay Kumar turut menggunakan nama bapanya itu sebagai nama syarikat produksinya iaitu Hari Om Productions.

    2. Akshay Kumar adalah pemegang tali hitam dalam ilmu seni mempertahankan diri Taekwando. Selain itu, Akshay Kumar juga pernah mempelajari Muay Thai di Bangkok, Thailand sebelum dia memulakan kerjayanya sebagai pelakon. 

    3. Akshay Kumar adalah seorang yang sangat bekerja keras untuk mencapai matlamat dalam hidupnya. Dia pernah bekerja sebagai seorang tukang masak dan pelayan sebuah restoran di Bangkok, Thailand sebelum kembali ke India bagi mengejar impiannya untuk bergelar sebagai seorang selebriti. 

    4. Akshay Kumar seorang yang sangat berdisiplin dalam kehidupan sehariannya. Dia kebiasananya akan bangun seawal jam 5 pagi dan memulakan rutin harian bermula pada jam 6 pagi. Malah Akshay Kumar juga mengamalkan untuk makan waktu malam sebelum matahari terbenam.

    5. Akshay Kumar turut dikenali sebagai seorang yang dermawan. Dia pernah menyumbangkan wang kepada mangsa pengeboman kereta api di Mumbai dengan menggunakan wang keuntungan daripada lagunya. 

    6. Pada tahun 2008, Akshay Kumar telah menerima anugerah Doktor Kehormatan Undang-undang dari Universiti Windsor sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam industri perfileman India.

    7. Akshay Kumar mendedahkan tentang dirinya yang menyimpan poster Sylvester Stallone, Jackie Chan dan Sri Devi semasa dia bekerja di Bangkok, Thailand. Kini Akshay Kumar berasa bangga kerana dia pernah bekerjasama dengan ketiga-tiga pelakon legenda tersebut.

    8. Akshay Kumar masih lagi menyimpan beberapa aset hasil yang dibeli hasil usaha keras sebelum dia mencapai zaman kemuncak. Aset yang dimaksudkan adalah seperti rumah, motosikal dan kereta di mana Akshay Kumar mendedahkan dia tidak pernah sesekali akan menjual aset itu yang mempunyai dianggapna mempunyai nilai tersendiri. 

Catat Ulasan for "INI 8 FAKTA TENTANG AKSHAY KUMAR YANG MUNGKIN RAMAI ORANG TIDAK KETAHUI"