Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

INI “ENDING” SEBENAR FILEM DHADKAN.

    Filem Dhadkan (2000) arahan Dharmesh Darshan merupakan antara filem romantik paling ikonik dalam sejarah Bollywood. Dibintangi oleh Akshay Kumar, Shilpa Shetty dan Suniel Shetty, filem ini dikenang kerana muziknya yang abadi serta kisah cinta yang menyentuh hati antara tiga watak utama iaitu Ram, Anjali dan Dev. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa versi yang ditayangkan di pawagam sebenarnya bukanlah penghujung asal yang dirancang oleh pengarah. Dalam beberapa wawancara bersama media India, Dharmesh Darshan sendiri mengesahkan bahawa ending asal filem Dhadkan sangat berbeza dan lebih tragis daripada versi yang akhirnya diterbitkan.

     Menurut Darshan di mana dalam draf asal dan penggambaran awal, watak Dev (lakonan Suniel Shetty) iaitu kekasih lama Anjali yang kembali selepas bertahun-tahun dengan niat untuk membalas dendam sepatutnya meninggal dunia di penghujung cerita. Versi asal itu digambarkan lebih emosional dengan Dev dikatakan mengalami serangan jantung selepas mengetahui bahawa Anjali (lakonan Shilpa Shetty) kini benar-benar mencintai suaminya, Ram (lakonan Akshay Kumar) dan sedang mengandungkan anak hasil cinta mereka. Saat itu, Dev yang selama ini dibakar dendam mula menyedari kesilapan besar dalam hidupnya di mana cintanya telah lama hilang arah dan egonya telah merosakkan kebahagiaan dirinya sendiri. Dalam keadaan sarat emosi, dia akhirnya rebah dan menghembuskan nafas terakhir sekali gus meninggalkan mesej bahawa cinta sejati tidak semestinya berakhir dengan memiliki.


    Walau bagaimanapun, pihak penerbit dan beberapa individu penting dalam pasukan produksi berpendapat bahawa penonton pada masa itu lebih menyukai pengakhiran yang positif serta penuh harapan. Filem Dhadkan dikeluarkan pada era di mana penonton Bollywood lebih tertarik kepada kisah cinta yang membawa keinsafan dan pengampunan, bukan kematian. Disebabkan itu, ending asal itu telah diubah untuk menjadikan suasana akhir lebih ringan dan menggembirakan. Dalam versi akhir yang ditayangkan di pawagam, Dev tidak mati. Dia sebaliknya menyedari kesalahannya lalu memaafkan Ram serta Anjali. Dev mengaku bahawa cinta sejatinya bukan tentang memiliki seseorang tetapi tentang melihat orang yang dicintainya hidup bahagia. Selepas itu, Dev memilih untuk berundur secara terhormat dan memulakan hidup baharu bersama seorang wanita bernama Sheetal yang menjadi simbol peluang kedua dalam kehidupannya.

     Dharmesh Darshan dalam temubualnya menyatakan bahawa dia masih menganggap versi asal di mana Dev mati sebagai versi paling indah serta bermakna dari segi nilai emosi dan sinematografi. Menurutnya, babak kematian Dev akan menutup kisah cinta tiga segi ini dengan nada yang lebih mendalam, menonjolkan konsep penyesalan dan pengorbanan dalam cinta sejati. Namun keputusan akhir ditentukan oleh kehendak penerbit yang mahu mengekalkan nada optimistik dan komersial supaya filem itu lebih mudah diterima penonton umum.


    Akhirnya, versi yang ditayangkan di pawagam mengekalkan imej Ram sebagai lambang kesetiaan dan kasih sayang tulus sementara Anjali digambarkan sebagai isteri yang akhirnya menyedari nilai cinta sejati dalam rumah tangga. Dev pula meninggalkan kisahnya dengan tenang tanpa kematian namun dengan hati yang remuk dan penuh penyesalan. 

Catat Ulasan for "INI “ENDING” SEBENAR FILEM DHADKAN. "