Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BUNUH ISTERI, KERAT DAN CUBA JUAL


    INDONESIA – Satu kejadian pembunuhan kejam dilaporkan telah berlaku dalam kawasan perkampungan di Ciamis pada awal pagi 3 Mei 2024.

    Dalam kejadian pembunuhan tersebut, seorang lelaki berusia 41 tahun yang dikenal pasti sebagai Tarsum telah mengerat mayat isterinya iaitu Yanti kepada beberapa bahagian. Difahamkan Yanti telah mati dibunuh oleh suaminya itu semasa dia sedang dalam perjalanan ke masjid untuk menghadiri kelas mengaji.

    Menurut keterangan daripada Ketua Rukun Tetangga kampung berkenaan yang bernama Yoyo Taryo, mangsa sebelum itu telah dipukul oleh suspek dengan kayu hingga mati. Sesudah pukulan itu, mayat mangsa dibawa ke rumah untuk dikerat. Potongan tubuh badan mangsa kemudian diletakkan berdekatan dengan pos kawalan. Lebih dahsyat, suspek turut membuat jualan daging isterinya itu kepada penduduk kampung. Tambah Yoyo lagi, suspek yang juga merupakan penjual kambing adalah seorang yang mudah bergaul dengan orang kampung. Suspek bagaimanapun dikatakan mengidap penyakit kemurungan yang disebabkan masalah kewangan.

    Sementara itu, wakil jurucakap pihak polis memberitahu suspek akan dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan awal pemeriksaan psikiatri pada masa terdekat. Sewaktu penangkapan terhadap suspek, dia kelihatan tenang dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melawan. Masih tidak jelas tentang motif sebenar pembunuhan memandangkan hubungan supek dan mangsa sebelum ini dikhabarkan tidak bermasalah. Mayat mangsa telah pun dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

Catat Ulasan for "BUNUH ISTERI, KERAT DAN CUBA JUAL "