Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA PERNAH DIRASUK ROH VINA TAMPIL BERI KETERANGAN


   INDONESIA - Siasatan kes pembunuhan Eky dan Vina kian berlanjutan. Jika baru-baru ini Pegi Setiawan atau Egi yang dipercayai sebagai dalang utama pembunuhan dalam kes ini telah ditangkap, kini giliran seorang wanita bernama Linda dipanggil ke balai polis Cirebon untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Dia ternyata tidak pernah menghilangkan diri seperti yang telah digembar-gemburkan oleh kebanyakan pihak. Linda adalah rakan Vina sebelum ini yang dikatakan pernah dirasuk oleh roh Vina di mana dia telah menceritakan kronologi sebenar kejadian yang menimpa Vina dalam keadaannya menangis teresak-esak.

   Difahamkan proses soal siasat terhadap wanita itu berlangsung sekitar 4 hingga 5 jam. Menerusi kenyataan daripada peguam Linda, anak buahnya itu telah diajukan sebanyak 30 soalan daripada pegawai penyiasat termasuklah tentang biodata diri dan juga cara perkenalannya dengan Vina.

   Selain itu, semua gambar Linda yang tersebar di laman media sosial adalah tidak benar sama sekali kerana Linda yang sebenar tidak bertatu. Tambah peguam itu lagi, Linda dan Vina sememangnya saling mengenali antara satu sama lain akan tetapi mereka berdua tidak mempunyai hubungan yang rapat seperti yang digambarkan dalam filem. 

   Lain-lain fakta, Linda mendakwa langsung tidak mengenali sama ada Pegi Setiawan atau pelaku-pelaku yang lain. Dia juga mengaku bahawa kali terakhirnya berhubung dengan Vina adalah pada enam bulan sebelum kejadian pembunuhan tersebut berlaku.

   Linda berharap supaya kes pembunuhan Eky dan Vina ini akan dapat diselesaikan. Kata Linda, "mudah-mudahan kesnya cepat selesai, cepat terungkap, jangan seperti ini, kasihan ramai yang menjadi sasaran buli netizen, termasuk saya."

Catat Ulasan for "WANITA PERNAH DIRASUK ROH VINA TAMPIL BERI KETERANGAN"