Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TERGAMAK SEORANG BAPA DERA ANAK SEPERTI INI!

    AMERIKA SYARIKAT - Seorang lelak berusia 31 tahun yang bernama Christopher Gregor telah didapati bersalah atas tuduhan pembunuhan tanpa niat terhadap anak lelakinya iaitu Corey Micciolo, 6 tahun. Christopher bakal berdepan dengan hukuman sama ada 10 hingga 30 tahun penjara atau boleh dipenjarakan seumur hidup.

    Pada 2 April 2021, Christopher telah membawa Corey yang dalam keadaan lemah ke unit rawatan kecemasa  dj sebuah hospital Stafford, New Jersey. Corey bagaimanapun meninggal dunia setelah sejam bertarung nyawa. Hanya tahun selepas kematian Corey, barulah Christophe didakwa atas tuduhan membunuh anaknya itu 

    Dalam satu video pengawasan yang ditunjukkan sewaktu perbicaraan di mahkamah, Christopher dilihat berulang kali menekan butang kelajuan ketika Corey berlari di atas penginsar injakan hingga menyebabkan budak lelaki itu jatuh dari mesin tersebut sebanyak enam kali.

    Walaupun insiden itu di gimnasium itu tidak menyebabkan kematian Corey, pihak pendakwaan berhujah bahawa Corey mati akibat keseluruhan penderaan secara berterusan yang Christopher telah lakukan kepadanya. 

    Namun hujah daripada pihak pembelaan pula mendakwa Corey meninggal dunia akibat sepsis yang disebabkan oleh pneumonia dan bukanny trauma akibat hentakan pada dada dan abdomen seperti yang disimpulkan oleh pihak pendakwaan. Difahamkan Christopher akan membuat rayuan atas sabitannya itu. 

    Christopher mempunyai hak penjagaan penuh terhadap Corey. Ibu Corey yang dikenali sebagai Breanna Micciolo pula mempunyai hak lawatan tetapi kehilangan hak itu buat sementara kerana masalah ketagihan dadah yang dia alami. Breanna dilaporkan pernah membuat lebih daripada 100 laporan rasmi tentang penderaan yang Christopher lakukan kepada Corey akan tetapi tiada sebarang tindakan susulan dibuat oleh pihak berwajar. Selain itu, Breanna juga pernah memfailkan permohonan kecemasan untuk hak penjagaan kerana dia bimbangkan keselamatan Corey namun ditolak.

    Keputusan hukuman Christopher dijadualkan akan berlangsung dijatuhkan pada 2 Ogos kelak.

Catat Ulasan for "TERGAMAK SEORANG BAPA DERA ANAK SEPERTI INI!"