Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA DAKWA LELAKI BERSEMBUNYI DI BAWAH KATILNYA SELAMA EMPAT BULAN


     AMERIKA SYARIKAT - Seorang wanita yang dikenali sebagai “K” berkongsi pengalaman menakutkan di TikTok di mana seorang lelaki telah tinggal dalam bilik tidurnya secara rahsia selama hampir empat bulan. Lebih dahsyat, lelaki itu telah tidur di bawah katil K tanpa pengetahuan wanita itu.

    Menerusi video Tik Tok K yang mempunyai dua bahagian itu, K yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak memberitahu bahawa dia sebelum itu terlalu sibuk bekerja hingga kadang-kadang terpaksa bermalam di rumah ibu bapanya yang turut membantu menjaga anak-anaknya. Disebabkan kesibukan kerja, K dan kedua-dua anaknya sering menghabiskan masa sekitar 11 hingga 12 jam di luar berbanding duduk di rumah mereka sendiri.

    Diringkaskan cerita yakni pada satu hari, K ingin tidur sebelum dia terdengar bunyi sesuatu di bawah katilnya. Pada mula-mulanya, K menyangka bunyi yang didengarinya itu adalah bunyi tikus. Namun sewaktu K mengintai ke bawah katilnya, dia terkejut apabila melihat susuk tubuh lelaki yang berseluar jeans biru selain memakai stoking hitam.

Gambar sekadar hiasan

    K yang berasa sangat terkejut kemudian terus melarikan diri dari rumah sebelum menelefon pihak polis. Sewaktu K bercakap dengan pihak polis, dia telah melihat seorang lelaki yang dikenali berjalan keluar dari pintu masuk rumah. Lelaki itu adalah lelaki yang pernah K upah untuk membersihkan laman kebunnya. Sejurus pihak polis tiba, mereka melakukan pemeriksaan dalam rumah K lalu menemui bukti yang menunjukkan lelaki itu telah lama tinggal di situ. Bukti yang dimaksudkan tersebut adalah seperti pinggan dan barangan curi.

    Lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu akhirnya membuat pengakuan tentang dirinya yang telah tinggal di rumah K selama 4 bulan. Dia mendakwa menceroboh masuk sewaktu ketiadaan K di rumah. Lelaki berkenaan menggunakan kesempatan ada untuk mandi, bermain Play Station 5 dan juga mencuri makanan. Namun salah satu perkara paling tidak disangka, lelaki tersebut rupa-rupanya adalah kawan kepada adik lelaki K semasa zaman persekolahan.

Catat Ulasan for "WANITA DAKWA LELAKI BERSEMBUNYI DI BAWAH KATILNYA SELAMA EMPAT BULAN"