Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH KEMATIAN BIG WAI RAI HIGH SCHOOL

    Drama televisyen Thailand "Wai Rai High School" pernah menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia pada awal tahun 2000-an. Secara ringkasnya, drama ini mengisahkan tentang konflik persahabatan dan percintaan oleh sekumpulan remaja di sebuah sekolah tinggi.

    Selain watak Ryu yang telah menjadi kegilaan ramai wanita, watak Big lakonan Apichet Kittikorncharoen turut mendapat perhatian dek kerana ketampanan dan gayanya yang bersahaja. Mungkin masih ada yang tidak mengetahui bahawa Big telah pun meninggal dunia pada usia yang muda.

    Apichet Kittikorncharoen yang juga dikenali sebagai Big D2B, dilahirkan pada 2 Disember 1982 di Bangkok, Thailand. Dia merupakan salah seorang anggota boy band terkenal Thailand iaitu D2B yang ditubuhkan pada tahun 2001. Big berada pada tahap kemuncak popularitinya sewaktu bersama dengan kumpulan D2B ini selepas beberapa lagu mereka telah mencapai hits. Populariti D2B ini akhirnya telah membawa Big ke dalam dunia lakonan.

    Namun pada 22 Julai 2003, Big telah terlibat dalam kemalangan di mana keretanya terbabas sebelum terjatuh ke dalam terusan yang tercemar. Perkara ini sekaligus menyebabkan Big mengalami koma akibat jangkitan otak yang disebabkan oleh bakteria dari air terusan tersebut. Dia telah koma lebih daripada tiga tahun walaupun pelbagai usaha untuk menyelamatkannya sebelum itu termasuklah melalui proses pembedahan dan penggunaan ubat yang dibawa dari Australia. Sepanjang tempoh Big koma, dia mendapat sokongan secara berterusan daripada keluarga terdekat, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa mengharapkannya akan kembali pulih.

    Pada 9 Disember 2007, Big akhirnya meninggal dunia yakni pada usia 25 tahun. Selepas kematiannya, Big tetap dikenang sebagai salah satu bintang terbesar dalam sejarah industri hiburan Thailand. Kisah terdahulu tentang seorang lagi pelakon utama Wai Rai High School iaitu Ryu Arthit boleh di baca di sini : Kisah Menyedihkan Ryu Arthit - Dahulu Pelakon, KiniGelandangan

Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN BIG WAI RAI HIGH SCHOOL"