Richard Speck: Lelaki yang Membunuh Lapan Jururawat dalam Satu Malam

Pada malam 13 Julai 1966 bertempat di bandar Chicago, Amerika Syarikat berlakunya salah satu pembunuhan bersiri paling mengerikan dalam sejarah jenayah di negara tersebut. Pelaku iaitu Richard Speck telah memasuki asrama perawat di South Chicago Community Hospital dan melakukan pembunuhan yang ngeri lagi dahsyat.
Richard Speck atau nama penuhnya Richard Benjamin Speck dilahirkan pada 6 Disember 1941, di Kirkwood, Illinois. Kehidupannya penuh dengan masalah sejak dari dia kecil. Selepas kematian bapanya, ibunya telah berkahwin dengan seorang lelaki pemabuk yang sering mendera keluarga mereka. Menginjak usia remaja, Richard mula melakukan kegiatan tidak bermoral seperti mencuri, kerap bergaduh, mabuk dan menghisap dadah.

Ketika dewasa, Richard sering keluar masuk penjara kerana jenayah kecil dan serangan yang dilakukanya. Pada tahun 1966 yakni setelah mengalami beberapa kegagalan dalam pekerjaan dan kehidupan, Richard yang berada di Chicago tanpa arah hala tuju telah meminum alkohol sepanjang hari dan seterusnya mencari sasaran untuk melepaskan kemarahannya.
Pada malam 13 Julai 1966, Richard yang ketika itu berusia 24 tahun telah menceroboh masuk ke sebuah asrama yang dihuni oleh pelajar jururawat dari Filipina dan Amerika. Dia yang bersenjatakan pisau dan pistol kecil bertindak untuk mengikat lapan orang wanita yang berada dalam bilik asrama tersebut.

Richard kemudian membawa mereka ke bilik berasingan seorang demi seorang di mana dia telah menyeksa, merogol dan membunuh mereka dengan kejam. Mangsa-mangsa yang identiti mangsa yang dibunuh adalah Gloria Jean Davy (22 tahun), Patricia Ann Matusek (20 tahun) Nina Jo Schmale (24 tahun), Pamela Wilkening (20 tahun), Suzanne Bridget Farris (21 tahun) Mary Ann Jordan (20 tahun) Merlita Gargullo (23 tahun), Valentina Pasion (23 tahun).
Namun tanpa Richard sedari, seorang pelajar jururawat bernama Corazon Amurao berjaya bersembunyi di bawah katil sepanjang malam itu. Selepas Speck meninggalkan tempat kejadian, barulah Corazon keluar dari tempat persembunyiannya lalu segera melaporkan kejadian tersebut kepada polis. Richard telah melarikan diri dan bersembunyi di sebuah motel. Tiga hari selepas kejadian, dia cuba membunuh diri dengan memotong lengannya tetapi gagal. Seorang doktor di hospital yang mengenali tatu unik di tubuh Richard bertindak melaporkannya kepada polis.

Semasa perbicaraan, Corazon telah menjadi saksi utama. Dia dengan yakin mengenal pasti Richard sebagai pembunuh rakan-rakannya pada malam kejadian. Bukti forensik juga mengukuhkan kes terhadapnya. Pada 15 April 1967, Richard yang didapati bersalah atas semua tuduhan pembunuhan dan dijatuhkan hukuman mati. Walau bagaimanapun, pada tahun 1972, Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengubah hukuman mati kepada penjara seumur hidup susulan keputusan undang-undang baharu terhadap hukuman mati di Illinois.
Di penjara, Richard hidup seperti seorang selebriti. Pada tahun 1988, terdapat rakaman video mengejutkan tersebar menunjukkan Richard memakai pakaian wanita sambil mengambil dadah seolah-olah dia sedang menikmati kehidupan di penjara. Richard meninggal dunia pada 5 Disember 1991 akibat serangan jantung pada usia 49 tahun.
Catat Ulasan for "Richard Speck: Lelaki yang Membunuh Lapan Jururawat dalam Satu Malam"