Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MARIA KOVALCHUK, MODEL YANG DISEKSA DENGAN KEJAM?

     Tular tentang seorang model dan pencipta kandungan OnlyFans dari Ukraine iaitu Maria Kovalchuk selepas dia ditemui dalam keadaan parah di tepi jalan raya di Dubai pada 19 Mac 2025. Dalam insiden yang penuh misteri dan kecurigaan ini, Maria yang berusia 20 tahun dilaporkan mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang belakang, kedua-dua belah kaki dan lengan serta dalam keadaan tidak sedarkan diri. Lebih membingungkan ketika ditemui, dia tidak membawa sebarang dokumen atau telefon bimbit. Jadi apa sebenarnya yang berlaku kepada Maria?

     Segalanya bermula sekitar 9 Mac 2025 apabila Maria memaklumkan kepada rakan-rakan rapat bahawa dia menerima jemputan untuk menghadiri sebuah parti mewah di hotel terkenal di Dubai yang didakwa dianjurkan oleh golongan elit kaya termasuk individu dari kalangan diraja Timur Tengah. Cuma selepas itu, Maria terus gagal dihubungi. Pada 11 Mac, Maria sepatutnya menaiki penerbangan ke Thailand. Dia bagaimanapun idak pernah muncul di lapangan terbang.

     Keluarganya di Ukraine mula risau apabila semua panggilan dan mesej tidak berbalas. Dalam keadaan panik, laporan kehilangan dibuat. Apa yang menimbulkan kebimbangan besar ialah latar belakang lokasi yang melibatkan pihak asing serta kerahsiaan jemputan tersebut.

     Hinggalah pada 19 Mac 2025, Maria akhirnya ditemui dalam keadaan mengerikan di tepi jalan berhampiran sebuah kawasan pembinaan. Tubuhnya patah dan lebam dengan kecederaan teruk yang memerlukan empat pembedahan kecemasan. Doktor menyatakan bahawa Maria dalam keadaan trauma fizikal dan neurologi yang parah. Malah pada waktu awal, dia tidak dapat bercakap mahupun membuka mata dengan sepenuhnya.

     Pihak polis Dubai mengeluarkan kenyataan bahawa Maria mungkin terjatuh dari tingkat tinggi di tapak pembinaan tetapi teori ini dipersoalkan oleh keluarganya dan pemerhati luar yang berpendapat kecederaan tersebut lebih konsisten dengan serangan ganas atau penderaan berulang. Muncul istilah yang menambah lagi ketegangan kes ini iaitu Russian torture. Ia bukan istilah undang-undang tetapi digunakan oleh beberapa media antarabangsa khususnya The Sun UK yang menggambarkan penderaan fizikal dan seksual ekstrem dipercayai dilakukan oleh sindiket atau individu dari Rusia atau Eropah Timur.

     Dalam konteks kes Maria, Russian torture merujuk kepada bentuk penderaan yang kejam yakni wanita diculik atau diperdaya, dipaksa menghadiri parti eksklusif, lalu diperlakukan secara keji termasuk penyeksaan seksual, pemukulan, dirantai atau diikat dalam keadaan tidak berdaya. Mereka dianggap objek dagangan dan akan dibuang seperti sampah apabila dianggap tidak lagi berguna. Beberapa orang saksi mendakwa Maria mungkin menjadi mangsa penderaan seksual berkumpulan selain dipukul berulang kali dan dikurung sebelum dibuang di lokasi terpencil.

     Kes Maria turut menghidupkan kembali kontroversi tentang Porta Potty parties di Dubai, satu istilah yang digunakan secara sinis untuk merujuk kepada parti peribadi yang melibatkan wanita muda dari seluruh dunia terutamanya model dan pempengaruhmedia sosial. Dalam acara-acara ini, wanita dikatakan dibayar puluhan ribu dolar untuk hadir dan melayan tetamu mewah dari kalangan jutawan dan bangsawan. Namun di sebalik semua itu, wujud cerita-cerita mengenai layanan menjijikkan. Sebagau contoh, dipaksa melakukan aksi memalukan, diperlakukan seperti haiwan atau dipukul jika melawan. Ada spekulasi bahawa Maria telah melalui rangkaian pemodelan antarabangsa yang tidak sah sebelum dipancing menyertai acara seumpama itu lalu dijadikan mangsa apabila dia enggan menurut kehendak pihak tertentu.

     Akibat tekanan antarabangsa dan desakan daripada keluarga Maria, kerajaan Ukraine melalui unit anti-pemerdagangan manusia telah membuka siasatan rasmi pada penghujung Mac. Polis Ukraine mengesyaki Maria menjadi mangsa rangkaian pemerdagangan wanita sama ada untuk tujuan eksploitasi seksual mahupun kegiatan jenayah rentas sempadan. Kerjasama dengan pihak polis Dubai diteruskan tetapi sehingga Mei 2025, tiada suspek yang dinamakan secara rasmi.

     Beberapa individu termasuk dua lelaki yang pernah berhubung dengan Maria sebelum kehilangannya yang mengaku sebagai agen pemodelan sedang dikesan oleh pihak berkuasa. Cabaran besar ialah kekangan perundangan dan keengganan sesetengah pihak tempatan untuk mendedahkan maklumat lanjut dipercayai kerana melibatkan nama-nama berprofil tinggi.

     Kini selepas lebih dua bulan sejak kejadian itu berlaku, Maria masih dirawat di sebuah hospital swasta di Dubai. Keadaannya stabil tetapi dia masih trauma. Walaupun sudah mula sedar, doktor menyatakan bahawa Maria mengalami kesukaran bercakap selain menunjukkan tanda-tanda ketakutan dan tekanan emosi yang serius. Pihak hospital enggan mengulas lanjut atas permintaan keluarga. Keluarganya berhasrat membawa Maria pulang ke Ukraine apabila dia sudah cukup kuat untuk diterbangkan. Buat masa ini, proses itu ditangguhkan kerana rawatan intensif masih diperlukan.

Catat Ulasan for "MARIA KOVALCHUK, MODEL YANG DISEKSA DENGAN KEJAM?"