KISAH LISA SNYDER : Ibu yang Menggantung Dua Orang Anak Sendiri Hingga Mati

Panggilan tersebut mencetuskan tindak balas pantas daripada pasukan kecemasan termasuk polis, bomba dan paramedik yang segera dihantar ke lokasi kejadian. Sebaik tiba di rumah tersebut, mereka menemui satu pemandangan yang sangat menyayat hati. Kedua-dua kanak-kanak ditemui tergantung menggunakan tali anjing yang telah diikat pada palang kayu di siling ruang bawah tanah. Lebih menyayat hati, walaupun kedua-dua mereka masih menunjukkan tanda-tanda hayat ketika ditemui, mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tidak menunjukkan sebarang tindak balas neurologi.

Kedua-dua mangsa segera dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Namun selepas tiga hari berada dalam rawatan intensif, tiada perkembangan positif ditunjukkan oleh mereka. Akhirnya, alat bantuan hayat dihentikan dan kedua-dua kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia. Kematian mereka menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya kerana versi cerita yang diberikan oleh Lisa kepada pihak berkuasa mula kelihatan tidak masuk akal.
Bagi memahami punca sebenar kejadian itu, pihak penyiasat memulakan siasatan menyeluruh termasuk pemeriksaan forensik di lokasi kejadian, bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa serta pemeriksaan ke atas telefon bimbit Lisa. Hasil siasatan menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak itu bukan berpunca daripada tindakan bunuh diri seperti yang didakwa oleh ibu mereka. Pakar patologi mengesahkan bahawa kedua-dua kematian itu adalah akibat pembunuhan dengan cara digantung dan secara logiknya seorang budak lelaki berusia 8 tahun tidak mampu untuk menggantung dirinya dan adiknya secara serentak dengan cara sedemikian.

Lebih memburukkan keadaan, siasatan ke atas telefon bimbit Lisa mendedahkan sejarah carian yang sangat mencurigakan. Beberapa hari sebelum kejadian, Lisa dilihat mencari maklumat dalam talian tentang cara membunuh dengan carian seperti how to kill someone, how long to die from hanging dan carbon monoxide in a car. Tambahan pula, pihak polis mendapati Lisa telah membeli tali anjing jenis tertentu secara dalam talian hanya beberapa hari sebelum anak-anaknya ditemui mati iaitu tali yang digunakan untuk menggantung mereka.
Siasatan lanjut turut mendedahkan satu lagi sisi gelap dalam kehidupan Lisa. Polis menemui kira-kira 25 gambar serra video lucah yang menunjukkan aktiviti seksual antara manusia dan haiwan termasuk satu gambar yang dipercayai menunjukkan Lisa sendiri melakukan hubungan seksual dengan anjing peliharaannya. Bahan-bahan ini telah dihantar kepada individu lain melalui aplikasi Facebook Messenger. Perkara ini mengakibatkan Lisa didakwa secara berasingan atas beberapa pertuduhan berkaitan jenayah seksual terhadap haiwan. Walaupun perkara itu tidak berkaitan secara langsung dengan kematian anak-anaknya, penemuan ini memburukkan lagi persepsi umum terhadap Lisa dan menggambarkan corak tingkah laku menyimpang yang serius. Polis tidak mengesahkan sama ada perbuatan seksual tersebut berlaku sebelum atau selepas kejadian pembunuhan tetapi semua bahan bukti dikumpul semasa siasatan kes pembunuhan itu dijalankan.

Berdasarkan semua bukti yang kukuh, Lisa didakwa atas dua pertuduhan membunuh darjah pertama serta pertuduhan penderaan kanak-kanak dan cuba menghapuskan bukti. Dia memilih untuk dibicarakan tanpa juri (bench trial) dan dalam perbicaraan yang berlangsung pada awal 2024, pihak pembelaan cuba berhujah bahawa Lisa mengalami gangguan mental yang serius dan berada dalam keadaan psikotik semasa kejadian. Walau bagaimanapun, pakar psikiatri yang dilantik oleh pihak pendakwaan menyatakan bahawa Lisa memahami tindakannya dan mampu membezakan antara betul dan salah ketika pembunuhan dilakukan.
Pada 18 Oktober 2024, mahkamah menjatuhkan hukuman dua penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol terhadap Lisa yang dijalankan secara berturut-turut. Dia turut dikenakan hukuman penjara tambahan selama 8½ hingga 17 tahun bagi pertuduhan lain. Hakim menyifatkan perbuatan Lisa sebagai antara kes pembunuhan paling kejam yang pernah dikendalikan sepanjang karier kehakimannya. Lisa dilaporkan tidak menunjukkan sebarang rasa penyesalan sepanjang perbicaraan berlangsung.
Catat Ulasan for "KISAH LISA SNYDER : Ibu yang Menggantung Dua Orang Anak Sendiri Hingga Mati"