FAKTA TIDAK LOGIK TENTANG KUCH-KUCH HOTA HAI


1. Budak 8 Tahun Jadi Tukang Jodoh Bapa Sendiri
Anjali kecil, anak kepada Rahul dan mendiang Tina, diberikan satu misi besar melalui surat-surat peninggalan ibunya iaitu untuk menyatukan semula bapanya dengan cinta lamanya. Apa yang luar biasanya, budak berumur lapan tahun ini bukan sahaja faham maksud cinta tapi juga mampu merancang perjalanan, menyamar, menyusup masuk ke kem motivasi,dan menjadikan seluruh aktiviti sekolah sebagai medan jodoh. Dalam dunia sebenar, kanak-kanak sebaya ini masih susah nak hafal sifir 7. Dalam filem ini, Anjali kecil sudah bersedia jadi pakar strategi cinta.
2. 8 Surat Dari Kubur, Tepat Setiap Hari Jadi
Mendiang Tina sempat menulis lapan pucuk surat untuk anaknya, satu untuk setiap tahun ulang tahun kelahiran. Persoalannya ialah bagaimana dia tahu umur berapa anaknya akan mampu memahami surat tertentu? Bagaimana surat itu bertahan bertahun-tahun tanpa reput, lusuh, atau hilang? Dan siapa yang menjaga surat-surat ini?

3. Rahul Langsung Tak Tahu Anjali Cintakan Dia?
Rahul dan Anjali berkawan rapat di kolej di mana mereka menghabiskan masa bersama hampir setiap hari. Walaupun semua pelajar dan penonton boleh nampak Anjali sukakan Rahul, hanya Rahul seorang yang kekal buta hati. Tambahan pula, dia siap ketawa bila Anjali menangis.
4. Transformasi Tomboi Ke Jelita, Hanya Perlukan Sari
Selepas beberapa tahun, Anjali kembali muncul dengan gaya baru iaitu berambut panjang, berpakaian sopan dan feminin. Tiba-tiba Rahul mula melihat Anjali sebagai wanita. Maksudnya di sini, selama ini nilai seseorang hanya bergantung pada gaya berpakaian? Zaman kolej dulu dia pakai baju sukan, jadi dianggap kawan lelaki. Bila pakai sari, baru layak dicintai.

6. Kem Motivasi Sekolah Yang Paling Ajaib Pernah Wujud
Anjali kecil menyertai kem musim panas sekolah dan secara ajaib, kem itu turut disertai oleh Anjali dewasa, Rahul dan Aman. Lebih pelik, kem ini umpama lokasi syurga cinta yakni lengkap dengan taman bunga, piano dan sebagainya. Dalam kem sebenar, pelajar sibuk beratur ambil makanan dan lawan nyamuk.
7. Aman Mehra – Tunang Bangsawan Paling Reda
Aman (lakonan Salman Khan) adalah tunang kepada Anjali. Dia bukan calang-calang orang. Sangat kaya orangnya. Namun apabila Aman sedar bahawa cinta sebenar Anjali masih milik Rahul, dia dengan tenang berundur dan beri restu. Tiada tangisan, tiada drama tiada maki hamun. Hanya tepukan tangan dan senyuman.

8. Surat-Surat Tina Tidak Pernah Terbongkar Hingga Tamat
Sepanjang filem, surat-surat Tina memainkan peranan penting dalam memandu kisah. Walau bagaimanapun, tiada siapa mempersoalkan kewujudan surat-surat itu. Bayangkan kalau Aman baca surat itu, habis semua rahsia terbongkar.
9. Rahul Sentiasa Ada Masa & Duit Untuk Cinta Sahaja
Dalam Kuch Kuch Hota Hai, Rahul nampaknya hidup mewah selepas isterinya meninggal tetapi tidak pernah dijelaskan tentang status pekerjaannya. Dia sentiasa mempunyai waktu lapang, boleh hantar anak ke kem sekolah dan kemudian menyertai aktiviti kem itu seperti pelancong sambilan.

10. "Rahul...juice!"
Dalam salah satu adegan, Anjali menawarkan minuman jus kepada Rahul. Namun jika diperhatikan dengan teliti, minuman yang ditawarkan itu adalah botol kordial Sunquick. Tak bancuh dulu ke Kak Anjali oiii?
Catat Ulasan for "FAKTA TIDAK LOGIK TENTANG KUCH-KUCH HOTA HAI"