Lelaki Rusia Ditahan di Phuket Selepas Tular Rakaman Tidak Senonoh Bersama Wanita Tempatan

THAILAND – Seorang lelaki warga Rusia, Georgy Dzugkoev yang dikenali sebagai vlogger dan pencipta kandungan di media sosial telah ditahan oleh pihak berkuasa Thailand selepas terlibat dalam rakaman video tidak senonoh yang tular di Phuket.
Menurut laporan, rakaman tersebut menunjukkan Georgy melakukan hubungan intim dengan seorang wanita Thailand berusia 42 tahun di bahagian belakang sebuah trak pikap yang sedang bergerak di jalan raya Phuket. Video itu tersebar di media sosial dan mengundang kecaman hebat kerana dianggap tidak menghormati undang-undang serta budaya setempat.
Hasil siasatan polis mendapati wanita tersebut bukan pasangan tetap Georgy. Namun sebaliknya yakni ketika siasatan lanjut dijalankan, dia mengaku bahawa dirinya dibayar sebanyak 1 000 baht (sekitar RM130) untuk terlibat dalam rakaman berkenaan. Wanita itu dilaporkan bertemu Georgy ketika bekerja di sebuah bar dan bersetuju selepas ditawarkan bayaran untuk aksi tersebut.
Georgy Dzugkoev dilaporkan aktif menghasilkan kandungan ekstrem, provokatif dan sering bersifat kontroversi di platform seperti YouTube dan Telegram. Kandungan yang dihasilkannya sering melibatkan aksi berani dan mencabar norma sosial dipercayai demi menarik perhatian penonton serta meningkatkan jumlah tontonan. Walau bagaimanapun, tindakan terbarunya di Phuket jelas melangkaui batas undang-undang sekali gus membawa padah.

Polis Phuket bertindak menahan Georgy selepas mengenal pasti identitinya daripada rakaman yang tular itu. Dia ditahan ketika berada di lapangan terbang, dipercayai ketika cuba meninggalkan Thailand. Kedua-duanya, Georgy dan wanita tempatan itu kini berdepan siasatan di bawah kesalahan kelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Jika disabitkan kesalahan, Georgy berdepan hukuman denda yang besar selain kemungkinan besar visanya dibatalkan dan dia dihantar pulang ke Rusia. Wanita tempatan berkenaan turut tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang kerana bersubahat dalam insiden tersebut.
Pihak berkuasa Thailand dalam kenyataan rasmi menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelancong asing yang melakukan perbuatan yang mencemarkan imej negara, terutama sekali di lokasi pelancongan utama seperti Phuket.
Catat Ulasan for "Lelaki Rusia Ditahan di Phuket Selepas Tular Rakaman Tidak Senonoh Bersama Wanita Tempatan"