Dua Jalan Hidup Dari Sekolah Yang Sama: Kisah Mindy Glazer dan Arthur Booth

Pada tahun 2015, satu insiden di Mahkamah Miami-Dade menjadi perhatian ramai apabila seorang hakim bernama Mindy S. Glazer secara tidak sengaja mengenali seorang defendan yang dibawa ke hadapannya sebagai bekas rakan sekolah. Lelaki tersebut ialah Arthur Nathaniel Booth yang ketika itu dituduh atas beberapa pertuduhan jenayah termasuk pencerobohan dan kecurian.
Mindy Glazer dan Arthur Booth pernah bersekolah di Nautilus Middle School, Miami Beach pada era awal 1980-an. Kedua-duanya adalah pelajar biasa yang sama saja seperti kebanyakan pelajar lain. Tidak ada tanda bahawa kehidupan mereka kelak akan mengambil haluan yang sangat berbeza. Booth ketika itu dikenali sebagai seorang pelajar yang baik, aktif dan mudah berkawan. Dalam kalangan rakan-rakannya, dia dianggap berbakat dalam sukan dan mempunyai keputusan akademik yang memuaskan. Glazer sebaliknnya meneruskan pelajaran dalam bidang undang-undang dan membina kerjaya secara stabil sehingga dilantik sebagai hakim mahkamah.

Selepas menamatkan persekolahan, jalan hidup mereka mula bercabang. Tiada maklumat terperinci tentang setiap fasa hidup Booth sebelum ditahan tetapi keluarganya menyatakan bahawa pengaruh rakan sebaya, persekitaran yang tidak stabil dan ketagihan bahan terlarang menjejaskan kehidupannya. Faktor-faktor ini akhirnya menolak Booth ke dalam kitaran jenayah kecil, penangkapan dan hukuman. Glazer sebaliknya meneruskan pendidikan tinggi, membina kerjaya undang-undang dan memegang jawatan hakim. Perbezaan ini memperlihatkan bagaimana dua jalan hidup boleh berkembang secara berbeza walaupun bermula daripada titik yang sama.
Pada hari kejadian, Booth dibawa ke Mahkamah Jaminan Miami-Dade bagi menghadapi pertuduhan kecurian dan pencerobohan. Ketika Glazer membaca nama defendan, dia memerhati muka Booth dengan teliti dan bertanya sama ada lelaki itu pernah bersekolah di Nautilus Middle School. Walaupun soalan tersebut ringkas, ia menunjukkan bahawa Glazer mengenali Booth walaupun sudah berpuluh tahun tidak berjumpa. Booth terdiam seketika sebelum mengangguk, menunjukkan kesedaran bahawa kehidupannya telah menyimpang jauh berbanding rakan sekolah lamanya. Reaksi Booth menarik perhatian kerana ia jelas menunjukkan perasaan sebak dan kesedaran terhadap perjalanan hidupnya sendiri.

Walaupun mengenali Booth, Glazer kekal profesional dan menjalankan prosedur mahkamah seperti biasa. Dia menetapkan jumlah jaminan mengikut pertuduhan yang dikenakan dan menasihati Booth supaya menjaga diri serta berusaha memperbaiki kehidupannya.
Selepas insiden itu, ahli keluarga Booth memberikan pandangan bahawa Booth bukanlah individu yang dilahirkan sebagai penjenayah. Mereka menekankan bahawa dia pernah mempunyai potensi yang baik semasa muda tetapi kehidupannya berubah selepas terlibat dengan bahan terlarang. Selama bertahun-tahun, Booth bergelut untuk keluar daripada ketagihan tersebut. Keluarganya berharap pertemuan dengan Glazer menjadi titik kesedaran yang memberi peluang kepada Booth untuk berubah. Namunnseperti ramai individu lain yang menghadapi cabaran serupa, perubahan tidak mudah dicapai tanpa sokongan dan usaha berterusan.

Beberapa tahun selepas pertemuan itu, laporan media menunjukkan Booth kembali ditangkap atas kes kecurian baharu yang melibatkan penyamaran sebagai pekerja servis rumah.. Kisah ini memberi pengajaran bahawa bagaimanapun seseorang bermula dengan potensi yang sama seperti rakan sekelasnya, pilihan hidup yang salah atau keputusan yang berulang boleh membawa akibat jangka panjang dan membentuk keseluruhan perjalanan hidup. Video perbicaraan antara Glazer dan Booth di mahkamah tersebut boleh ditonton di bawah :
Catat Ulasan for "Dua Jalan Hidup Dari Sekolah Yang Sama: Kisah Mindy Glazer dan Arthur Booth"