Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH NOEL, LELAKI FILIPINA YANG ALAMI HAID

     Noel iaitu seorang lelaki berumur 29 tahun dari Bongabong, Oriental Mindoro, Filipina telah menjadi perhatian ramai apabila kisah luar biasanya tular pada Disember 2019. Apa yang menjadikan kisahnya unik ialah dia mengalami pendarahan bulanan seperti wanita yakni satu fenomena yang jarang berlaku dalam kalangan lelaki. Kisah ini mendapat liputan luas setelah Noel sendiri tampil ke stesen televisyen Kapuso Mo, Jessica Soho (KMJS) untuk menceritakan pengalamannya dan mendapatkan bantuan perubatan.

     Pengalaman luar biasa Noel bermula ketika dia berumur kira-kira 12 tahun. Pada awalnya, Joel berasa sakit di bahagian perut dan menemui pendarahan kecil. Namun selepas beberapa bulan, kejadian itu menjadi kitaran bulanan dengan pendarahan biasanya berlangsung lima hingga tujuh hari. Bersama pendarahan itu, dia mengalami simptom-simptom yang biasa dialami wanita semasa haid termasuk sakit perut yang teruk, keletihan, lebam mudah dan perubahan mood yang ketara. Situasi ini menimbulkan tekanan emosi yang besar terhadap dirinya.

     Sejak awal, Noel menyembunyikan keadaan uniknya daripada keluarga dan rakan-rakan kerana malu. Dia sendiri membeli tuala wanita dan lampin untuk menampung pendarahan itu. Selepas menamatkan sekolah menengah, Noel bekerja sebagai pekerja perkhidmatan di Batangas. Di tempat kerja, keadaan ini akhirnya diketahui oleh majikannya yang tetap bersikap memahami. Cuma selepas menghadapi pendarahan yang berat dan berulang, Noel memutuskan untuk tampil ke stesen televisyen KMJS bagi mendapatkan pemeriksaan dan nasihat profesional.

     Di stesen TV, pasukan produksi membantu Noel menjalani pemeriksaan perubatan secara menyeluruh. Pemeriksaan ultrasound mendedahkan bahawa dia adalah seorang interseks, mempunyai ruang endometrial dalam rahim serta gabungan ovari wanita dan testis lelaki. Hal ini menjelaskan faktor Noel mengalami pendarahan bulanan, satu fenomena yang sangat jarang berlaku. Doktor Noel Raymundo, pakar obstetrik dan endokrinologi menjelaskan bahawa pendarahan ini disebabkan oleh tisu endometrium yang wujud dalam tubuhnya dan keadaan ini menjadikan kes Noel sangat unik. Doktor turut menekankan bahawa dalam beberapa kes lain, lelaki dengan masalah obesiti atau penyakit hati juga boleh mengalami haid lelaki akibat tahap estrogen yang tinggi tetapi faktor interseks menjadikan kes Noel lebih luar biasa.

     Selain aspek fizikal, kisah Noel menyorot cabaran psikososial yang dihadapinya. Rasa malu, tekanan emosi dan ketakutan dikritik menyebabkan beliau sering menyendiri dan menanggung beban sendirian. Sokongan daripada pasukan produksi KMJS dan keluarganya membantunya menghadapi keadaan ini dengan lebih yakin, memahami anatominya dan membuat keputusan berkaitan rawatan perubatan. Doktor menasihatkan bahawa Noel boleh mengekalkan ruang endometrialnya tetapi membuangnya juga merupakan pilihan untuk mengurangkan pendarahan bulanan dan tekanan psikologi yang dialami.

Catat Ulasan for "KISAH NOEL, LELAKI FILIPINA YANG ALAMI HAID"