Kisah Kematian Ridhanya Annadurai yang Benar-Benar Menyedihkan

     Pada akhir bulan Jun 2025, satu kejadian menyayat hati telah berlaku di daerah Tiruppur, negeri Tamil Nadu di selatan India apabila seorang wanita muda berusia 27 tahun iaitu Ridhanya atau nama penuhnya Kea Ridhanya Annadurai mengambil keputusan mengakhiri hidupnya sendiri kerana tidak lagi mampu menanggung tekanan  penderaan yang dikaitkan dengan tuntutan hantaran perkahwinan (dowry) oleh suami dan keluarga mentuanya. 

     Ridhanya adalah anak kepada Annadurai, seorang usahawan dalam bidang pembuatan pakaian di kawasan itu. Dia telah berkahwin pada bulan April 2025 dengan seorang lelaki bernama Kavin Kumar yang berusia sekitar 28 tahun. Majlis perkahwinan itu berlangsung meriah di mana keluarga Ridhanya dikatakan telah memberikan hantaran yang besar kepada pihak suami seperti emas perhiasan kira‑kira 800 gram serta sebuah kereta mewah Volvo yang bernilai kira‑kira puluhan lakh rupee. Namun segala pemberian itu dikatakan tidak mencukupi bagi suami dan mentuanya yang seterusnya mula menuntut lebih banyak hantaran selepas perkahwinan dilangsungkan.

     Menurut maklumat pihak polis tempatan, tekanan terhadap Ridhanya dikatakan bermula hanya dalam masa beberapa hari selepas dia menetap bersama suami di rumah keluarga mentuanya. Suami serta ibu bapa mentua dikatakan tidak henti‑henti menekan dan memaksa keluarga Ridhanya untuk memenuhi tuntutan tambahan hantaran walaupun sudah menerima jumlah emas serta kereta yang besar semasa majlis perkahwinan. Tekanan ini bukan sahaja berbentuk mental tetapi juga fizikal hingga menyebabkan Ridhanya kekal dalam keadaan tertekan dan tertekan.

     Beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku, Ridhanya telah menghantar beberapa rakaman mesej suara kepada bapanya melalui aplikasi WhatsApp yang memuatkan ungkapan penderitaannya. Dalam mesej tersebut, Ridhanya telah menyatakan bahawa dia tidak lagi mampu menanggung penderaan tersebut. Ridhanya disuruh oleh orang tertentu untuk bertolak ansur tanpa benar‑benar memahami kesusahan yang dialami. Rakaman‑rakaman ini menunjukkan bahawa Ridhanya merasakan dirinya terperangkap dalam situasi yang membebankan dan tanpa harapan untuk berubah.

     Pada 29 Jun 2025, Ridhanya memberitahu keluarganya bahawa dia akan pergi ke sebuah kuil untuk beribadat. Namun dalam perjalanan ke sana yakni semasa berhampiran kawasan Mondipalayam, dia berhenti di dalam keretanya lalu meminum tablet bahan racun yang biasa digunakan sebagai racun pertanian. Penduduk yang melihat kereta tersebut dalam keadaan terhenti segera memaklumkan kepada pihak polis. Apabila pihak berkuasa membuka kereta itu, mereka menemui Ridhanya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan buih di mulutnya akibat daripada racun yang diambilnya. Dia kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

     Susulan kejadian tu, polis tempatan telah menangkap suami Ridhanya, Kavin Kumar serta kedua‑dua ibu bapa mentuanya, Eswaramoorthy dan Chithradevi di bawah tuduhan berkaitan gangguan hantaran perkahwinan dan dakwaan menyokong tindakan bunuh diri. Penahanan ini dibuat berdasarkan keterangan dan hasil siasatan awal yang menunjukkan adanya unsur penindasan berterusan terhadap mangsa yang membawa kepada keputusannya untuk mengakhiri hidup.

     Pada peringkat siasatan awal, pihak polis telah mengambil keterangan daripada saksi-saksi termasuk ahli keluarga dan jiran. Polis juga telah menyalin dan menganalisis mesej suara yang dihantar oleh Ridhanya selain mengumpul bukti fizikal di rumah keluarga mentua dan tempat kejadian. Hingga kini, kes Ridhanya masih dalam proses siasatan dan perundangan dan belum ada keputusan muktamad mahkamah mengenai sabitan atau pembebasan tertuduh.

Catat Ulasan for "Kisah Kematian Ridhanya Annadurai yang Benar-Benar Menyedihkan"