McKamey Manor: Rumah Seram Paling Kontroversi di Amerika Syarikat

     McKamey Manor ialah sebuah rumah seram yang terkenal di Amerika Syarikat kerana tahap ketakutannya yang sangat ekstrem. Ia sangat berbeza dengan rumah seram biasa kerana pengunjung bukan hanya berjalan melalui lorong gelap atau melihat hantu berpakaian topeng. Mereka juga sebaliknya akan menghadapi pengalaman yang boleh menguji ketahanan fizikal dan mental secara serius. 

     Asal-usul McKamey Manor bermula pada akhir abad ke-20 apabila pemiliknya iaitu Russ McKamey mula mengatur pengalaman seram ini di rumahnya di San Diego, California. Bermula daripada sebuah pengalaman kecil, ia berkembang menjadi sesuatu yang unik dan menakutkan sehingga ramai pengunjung tidak bersedia sepenuhnya untuk menghadapinya. Russ McKamey sendiri menjelaskan bahawa pengalaman itu direka untuk menguji keberanian seseorang dan membuat pengunjung merasakan seolah-olah mereka berada dalam filem seram sendiri.

     Bagi menyertai McKamey Manor, pengunjung perlu melalui beberapa pemeriksaan awal yang ketat. Mereka perlu menjalani penilaian fizikal serta mental termasuk pemeriksaan kesihatan dan latar belakang. Selain itu, pengunjung juga perlu menandatangani borang pelepasan tanggungjawab sepanjang 40 muka surat yang membolehkan pemilik mengatur pelbagai cabaran mengikut kesesuaian pengunjung. Beberapa pengalaman boleh melibatkan ruang gelap yang sempit yakni dikawal secara fizikal atau menghadapi situasi yang menakutkan secara psikologi.

     Setiap sesi di McKamey Manor biasanya berlangsung sehingga sepuluh jam atau lebih di mana pengunjung perlu bertahan sepanjang pengalaman tersebut. Pada masa lalu, terdapat janji hadiah wang tunai bagi mereka yang berjaya menamatkan cabaran tetapi tiada bukti kukuh menunjukkan sesiapa pernah berjaya menuntut hadiah tersebut.

     McKamey Manor sering menjadi tumpuan kontroversi. Ramai pengunjung mendakwa bahawa pengalaman itu bukan hanya menakutkan tetapi boleh membahayakan fizikal dan mental seseorang. Terdapat laporan mengenai kecederaan seperti lebam dan trauma psikologi. Malah ada juga beberapa kes yang melibatkan kejadian tidak diingini semasa berada dalam rumah seram tersebut. Susulan kontroversi ini, ramai pihak melancarkan petisyen untuk menutup McKamey Manor kerana menganggap ia terlalu berbahaya dan tidak sesuai untuk dijadikan hiburan.

      Disebabkan tekanan daripada orang ramai, lokasi McKamey Manor pernah dipindahkan beberapa kali. Dari asalnya di San Diego, ia cuba dibawa ke beberapa negeri lain tetapi tentangan masyarakat menyebabkan percubaan itu gagal. Akhirnya, sejak pertengahan 2010-an, rumah seram ini beroperasi di Summertown, Tennessee, dengan pengunjung yang terus datang dari pelbagai tempat.

     Walaupun menghadapi banyak kritikan dan kontroversi, McKamey Manor masih beroperasi hingga kini. Ia terus menarik minat segelintir penggemar pengalaman seram yang mencari sesuatu yang sangat berbeza dan mencabar. Bagi sesetengah orang, ff free ini dianggap ujian keberanian;

Catat Ulasan for "McKamey Manor: Rumah Seram Paling Kontroversi di Amerika Syarikat"