Pesanan Telefon Nokia 16 Tahun Lalu Akhirnya Tiba di Libya


     LIBYA– Sebuah penghantaran telefon bimbit Nokia yang ditempah hampir 16 tahun lalu oleh seorang peniaga di Tripoli akhirnya sampai ke kedainya sekali gus mencetuskan tular di media sosial

     Pada awal tahun 2010, peniaga berkenaan membuat tempahan borong telefon bimbit Nokia yang ketika itu merupakan jenama popular dengan model berciri butang termasuk edisi muzik dan Communicator yang dianggap kelas atasan. Penghantaran itu bagaimanapun tidak pernah sampai dalam masa ditetapkan apabila perang saudara Libya yang bermula pada tahun 2011 telah menyebabkan sistem logistik, kastam serta penghantaran di negara berkenaan lumpuh hingga menyebabkan barangan tersebut bertangguh di gudang selama bertahun‑tahun. 

     Menurut rakaman video yang kini tersebar di platform media sosial, peniaga itu dan rakan‑rakan membuka kotak penuh telefon lama tersebut sambil ketawa melihat keadaan teknologi berkenaan yang kini sudah jauh ketinggalan berbanding telefon pintar moden. Dalam video itu, peniaga itu berseloroh, “Adakah ini telefon atau artifak sejarah?” yakni merujuk kepada reka bentuk lama peranti yang dibangkitkan hanya beberapa kilometer sahaja dari lokasi pengirim dan penerima asal pada tahun 2010. 

    Kisah itu cepat menjadi tular apabila pengguna media sosial berkongsi video tersebut dengan pelbagai reaksi. Beberapa netizen menulis bahawa barangan lama itu kini berpotensi menjadi koleksi bernilai dalam pasaran barangan retro kerana model itu tidak lagi dihasilkan.

     Kejadian ini menyerlahkan cabaran besar yang dihadapi oleh negara seperti Libya di mana konflik berpanjangan telah melemahkan sistem pengurusan, rantaian bekalan dan perdagangan. Struktur kastam dan pengangkutan yang longgar menyebabkan banyak barangan import tersangkut tanpa penyelesaian selama bertahun‑tahun.

Catat Ulasan for "Pesanan Telefon Nokia 16 Tahun Lalu Akhirnya Tiba di Libya"