Kejadian Berdarah di Daerah Fei: Kisah Penyeksaan dan Pembunuhan Kejam Pasangan Pengantin Baru


     Pada bulan Mei 2013, sebuah kampung yang tenang di Daerah Fei, Wilayah Shandong, China telah digemparkan dengan salah satu kejadian paling ngeri dalam sejarah moden negara itu. 

     Kejadian ini bermula apabila Liu Danyang, ibu kepada mangsa lelaki bernama Sun Gang berasa curiga apabila anak dan menantunya iaitu Li Hong tidak menjawab panggilan telefon untuk makan tengah hari pada 15 Mei. Li Hong pada ketika itu sedang hamil tiga bulan. Apabila Liu sampai di rumah pasangan itu, dia mendapati pintu tidak berkunci dan keadaan di dalam rumah sangat sunyi. Liu Danyang kemudian menjumpai anjing peliharaan mereka mati dibunuh di halaman manakala bilik tidur pasangan itu kosong tetapi kelihatan telah dibersihkan secara mencurigakan.

     Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian seterusnya telah menemui mayat pasangan tersebut disembunyikan di dalam sebuah gua kecil berhampiran rumah mereka yang ditutup dengan timbunan batang jagung. Hasil bedah siasat mendedahkan fakta yang memilukan. Sun Gang maut akibat kecederaan parah dan lemas manakala Li Hong mengalami trauma seksual yang amat hebat sebelum dicekik sehingga mati. Apa yang lebih menyayat hati, kesan siasatan mendapati penjenayah telah berada di dalam rumah tersebut selama lebih lapan jam.

     Siasatan lanjut mendedahkan bahawa empat suspek yang dikenal pasti sebagai Zhang Shujun, Wang Jiying, Fu Gang dan Zhao Feng telah menceroboh rumah tersebut pada malam 14 Mei. Motif asalnya adalah rompakan tetapi Zhang Shujun selaku etua kumpulan menjadi terangsang selepas melihat foto perkahwinan Li Hong yang tergantung di dinding. Apabila pasangan itu pulang ke rumah, mereka terus diserang. Sun Gang dipukul dan digari manakala isterinya yang hamil diseret ke bilik sebelah.

     Sepanjang lapan jam berikutnya, berlakulah satu siri penyeksaan yang tidak terjangkau dek akal manusia. Sun Gang dipaksa menonton secara paksa isterinya dirogol bergilir-gilir oleh keempat-empat lelaki tersebut. Dalam keadaan yang sangat sadis, penjenayah itu malah memerintahkan Sun Gang untuk memasak makanan buat mereka sementara mereka terus menyeksa Li Hong. Sebelum melarikan diri pada waktu subuh, mereka membunuh pasangan itu dengan melemaskan mereka menggunakan beg plastik untuk menghapuskan bukti.

     Pihak polis berjaya menangkap keempat-empat suspek tersebut dalam tempoh masa yang singkat selepas menemui kad subsidi milik bapa salah seorang suspek yang tercicir di lokasi kejadian serta melalui rakaman CCTV di mesin ATM. Semasa ditangkap, mereka langsung tidak menunjukkan rasa kesal. Zhang Shujun bahkan dengan rasa angkuh menyatakan bahawa dia melakukan perbuatan tersebut hanya kerana mangsa terlalu cantik.

     Pada Jun 2016, mahkamah telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Zhang Shujun, Wang Jiying dan Fu Gang. Sementara itu, Zhao Feng yang ketika itu berusia 17 tahun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana statusnya sebagai pesalah bawah umur. Kes ini menjadi pemangkin kepada pindaan undang-undang di China pada tahun 2020 yang kini membolehkan kanak-kanak seawal usia 12 tahun didakwa atas jenayah berat yang dilakukan dengan cara yang sangat kejam. 

Catat Ulasan for "Kejadian Berdarah di Daerah Fei: Kisah Penyeksaan dan Pembunuhan Kejam Pasangan Pengantin Baru"