Kisah Pembunuhan Kejam Tata dan Faeyza

    Kes yang menyayat hati ini bermula di Sleman, Yogyakarta melibatkan seorang wanita cekal bernama Sweetha Kusuma Dewi atau lebih mesra dipanggil Tata. Dia yang merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak bekerja sebagai petugas kesihatan. Anak sulungnya tinggal bersama datuk di Sumatera manakala anak bongsunya, Muhammad Faeyza yang berusia empat tahun dan mengalami masalah kelewatan bercakap (speech delay) tinggal bersamanya di Sleman. 

     Kehidupan Tata berubah apabila dia mengenali Doni Kristiawan Eko Wahyudi, seorang jururawat di sebuah hospital di bawah seliaan yang sama. Doni berjaya memikat hati Tata dengan imej lelaki budiman dan mendakwa dirinya seorang duda sedangkan hakikatnya dia masih mempunyai isteri sah yang menetap di Rembang, Jawa Tengah. ​Hubungan mereka menjadi semakin serius sehingga mereka mengikat tali pertunangan pada Disember 2021. 


     Mengambil kesempatan atas kepercayaan Tata, Doni menawarkan diri untuk membawa Faeyza pulang ke Rembang dengan alasan mahu membantu merawat masalah pertuturan kanak-kanak itu di tempat kerjanya. Tata yang ketika itu sangat sibuk dengan tuntutan kerja sebagai petugas barisan hadapan bersetuju demi masa depan anaknya. Namun setibanya di Rembang, Faeyza tidak mendapat rawatan sebaliknya menjadi mangsa keganasan. Doni menyembunyikan identiti Faeyza daripada isterinya sendiri dengan mendakwa kanak-kanak itu hanyalah cucu pesakit yang harus dijaga buat sementara.

     Kekejaman Doni bermula apabila dia sering hilang sabar dengan tingkah laku Faeyza. Hanya kerana mangsa membuang air kecil sembarangan, Doni tergamak mendera kanak-kanak malang itu secara ekstrem. Kemuncak penderaan berlaku apabila Doni menendang dan mencederakan kemaluan mangsa sehingga mengalami luka koyakan yang parah. Walaupun Faeyza sempat dibawa ke hospital selama tiga hari, Doni tidak meneruskan rawatan susulan. Faeyza sebaliknya dikurung di dalam bilik mandi dalam keadaan lapar dan haus. Akhirnya pada Februari 2022, Faeyza menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan dalaman dan kebuluran. Doni kemudian membungkus mayat mangsa dengan selimut lalu membuangnya dari atas Jambatan Tol Semarang-Solo KM 425 pada waktu tengah malam.

     Kehilangan Faeyza mula menimbulkan keraguan kepada keluarga Tata. Apabila Tata mendesak untuk bertemu anaknya melalui panggilan video, Doni memberi pelbagai alasan termasuk mendakwa Faeyza sedang dikuarantin akibat COVID-19. Terdesak untuk menutup rahsia kematian Faizah, Doni merancang pembunuhan kedua. Pada 7 Mac 2022, Doni menjemput Tata di Semarang sebelum membawa mangsa ke sebuah hotel. Di sana, Doni bertindak mencekik Faeyza sehingga mati menggunakan tudung mangsa sendiri ketika wanita itu sedang tidur. Mayat Faeyza kemudian dibungkus dengan kain sarung dan dibuang di lokasi yang sama dengan mayat anaknya bagi memusnahkan segala bukti pengkhianatannya.


     Jenayah ini mula terbongkar apabila mayat Tata ditemui oleh penduduk yang sedang mencari rumput di bawah jambatan tol tersebut pada 13 Mac 2022. Susulan penemuan mayat yang tular itu, pihak polis menemui rangka kecil Faeyza kira-kira satu kilometer dari lokasi ibunya. Tindakan licik Doni yang berpura-pura mahu membuat laporan kehilangan Tata di balai polis akhirnya memakan diri. Kehadirannya di balai polis yang bertembung dengan laporan kecurigaan keluarga mangsa memudahkan pihak berkuasa menangkapnya. Selepas disoal siasat dengan rapi, Doni akhirnya mengaku atas segala perbuatannya. Pada Oktober 2022, Mahkamah Negeri Semarang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Doni atas pertuduhan pembunuhan terancang dan penderaan kanak-kanak sehingga mati.


Catat Ulasan for "Kisah Pembunuhan Kejam Tata dan Faeyza"