WANITA KERAT KEMALUAN BAPA MENTUA SELEPAS DIROGOL SELAMA 2 TAHUN

INDIA – Sebuah insiden ngeri dilaporkan berlaku di wilayah Uttar Pradesh apabila seorang wanita berusia 23 tahun bertindak memotong kemaluan bapa mentuanya yang berumur 67 tahun dengan menggunakan pengetip kuku. Mangsa mendakwa tindakan nekad itu dilakukan kerana mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol dan gangguan seksual bapa mentuanya secara berterusan sejak dua tahun lalu.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada hari Jumaat, 17 Julai, bertempat di Safipur Patti yang terletak di Jalan Chanderi dalam kawasan Budhana.
Susulan kejadian itu, bapa mentua wanita berkenaan yang dikenali sebagai Zakir segera dikejarkan ke Pusat Kesihatan Komuniti (CHC) untuk rawatan kecemasan. Namun disebabkan keadaannya yang semakin kritikal, pihak doktor terpaksa merujuk mangsa ke hospital daerah bagi mendapatkan rawatan lanjut. Pihak polis yang menerima maklumat mengenai insiden tersebut bergegas ke lokasi kejadian dan telah menahan menantu mangsa, Syeda untuk siasatan lanjut.
Hasil siasatan awal mendapati Syeda tinggal bersama dua anak lelakinya yang masih kecil serta bapa mentuanya manakala suaminya pula bekerja sebagai pemandu beca di Haryana dan jarang berada di rumah. Menurut kenyataan Syeda kepada pihak polis, dia mendakwa pernah beberapa kali menceritakan kesengsaraan dan gangguan yang dihadapinya kepada jiran tetangga. Walau bagaimanapun, rayuannya itu tidak diendahkan oleh sesiapa.

Sementara itu, penduduk setempat mengesahkan bahawa wanita berkenaan memang kerap meluahkan masalah yang dihadapinya sebelum ini. Salah seorang penduduk, Nazra menyatakan bahawa keluarga berkenaan sebilangan besarnya hidup terasing daripada masyarakat hingha menyebabkan orang sekeliling tidak begitu menyedari situasi sebenar yang berlaku di dalam rumah tersebut biarpun wanita itu berulang kali mengadu tentang penderitaannya.
Pegawai Bulatan Budhana, Gajendra Pal Singh, mengesahkan bahawa Kenderaan Respons Polis (PRV) menerima laporan mengenai seorang wanita yang menyerang bapa mentuanya menggunakan objek tajam. Dia memaklumkan bahawa mangsa telah dihantar ke hospital dan kenyataan awal daripada wanita terbabit juga telah direkodkan.
Hingga kini, pihak polis masih belum menerima sebarang aduan bertulis rasmi daripada kedua-dua belah pihak. Kes akan disiasat dan didaftarkan di bawah seksyen undang-undang yang berkaitan sebaik sahaja aduan rasmi difailkan berdasarkan fakta serta bukti kes. Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh dari pelbagai sudut.
Catat Ulasan for "WANITA KERAT KEMALUAN BAPA MENTUA SELEPAS DIROGOL SELAMA 2 TAHUN"