Kisah Pembunuhan Kejam Siti Nurul Afifah

     Pada bulan Ogos 2026 bertempat di sebuah kompleks rumah sewa di Kelurahan Jurumudi, Kecamatan Benda, Kota Tangerang, Banten, Indonesia, satu kes pembunuhan kejam telah berlaku yang melibatkan seorang wanita iaitu Siti Nurul Afifah atau lebih mesra disapa sebagai Iva.

     Sebagai seorang perantau yang datang jauh dari kampung halamannya di Pandeglang, Iva memulakan lembaran hidup baharu di kawasan bandar tersebut dengan penuh harapan termasuklah merancang masa depan bersama teman lelakinya, Antoni Rahman atau Dodo yang bekerja di sebuah syarikat ekspedisi berhampiran.

      Berdasarkan butiran kronologi kes, kejadian ini bermula pada lewat malam Isnin, 10 Ogos 2026. Pada sekitar jam 11:00 malam hingga tengah malam, Dodo yang mendapat giliran bertugas pada syif malam terpaksa keluar meninggalkan Iva sendirian di dalam bilik sewa mereka. Sebelum beredar, Dodo menutup pintu bilik tersebut tetapi malangnya tidak menguncinya dari bahagian luar. Pada masa sama, Iva tiba-tiba dilanda perasaan gelisah yang amat sangat serta ketakutan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Disebabkan rada kegelisahan itu, Iva sempat merayu kepada pemilik rumah sewa, Ibu Elsi agar dibenarkan menumpang tidur di biliknya pada malam itu. Permintaan tersebut bagaimanapun ditolak secara baik oleh Ibu Elsi atas alasan Iva sudah mempunyai pasangan hidup yang tinggal bersamanya. Hal ini menyebabkan Iva terpaksa kembali ke biliknya seorang diri dalam keadaan yang tidak tenang.

      Tanpa disedari oleh Iva, di depan bilik sewanya, seorang buruh binaan bernama Koirul Fatihin yang berasal dari Jepara, Jawa Tengah sedang menghabiskan masa dengan meminum minuman keras bersama seorang rakannya. Pengaruh alkohol yang membenamkan akal waras dipercayai menjadi pencetus utama kepada niat jahat suspek. Apabila melihat kelibat Dodo keluar meninggalkan kawasan rumah sewa untuk bekerja, suspek mula merangka rancangan terancang untuk mengambil kesempatan di atas ketiadaan lelaki tersebut. Pada sekitar jam 2:00 pagi yakni ketika suasana sudah mulai sunyi dan para penghuni lain lena dibuai mimpi, Koirul menyelinap keluar lalu mendekati bilik Iva. Menyedari pintu bilik Iva tidak berkunci, suspek dengan mudahnya menceroboh masuk ke ruang peribadi mangsa sambil membawa sehelai tali pinggang dengan niat awal untuk mengikat tangan mangsa serta melakukan jenayah pecah rumah dan serangan seksual.


     Walau bagaimanapun, pencerobohan itu gagal apabila Iva secara tiba-tiba terjaga daripada tidurnya. Dalam keadaan separuh sedar dan diselubungi ketakutan, Iva berasa terkejut melihat kehadiran lelaki asing di dalam biliknya sebelum berteriak kuat bagi meminta pertolongan. Jeritan Iva itu mencetuskan rasa panik yang mendalam pada diri Koirul yang bimbang perbuatannya dikesan oleh penghuni lain. Hilang akal dan dikuasai nafsu serta ketakutan, Koirul bertindak agresif dengan melilit serta menjerut kuat leher Iva menggunakan tali pinggang yang dibawanya. Jerutan maut itu dilakukan tanpa belas kasihan hingga Iva kehilangan tenaga, mengalami sesak nafas yang teruk dan akhirnya tidak bernyawa di atas katilnya sendiri. Selepas memastikan mangsa tidak lagi bernyawa atau melawan, suspek tanpa rasa bersalah melempiaskan nafsu serakahnya terhadap tubuh Iva. Sebelum melarikan diri meninggalkan bilik tersebut, Koirul sempat menyusun semula kedudukan mayat Iva di atas tempat tidur di mana dia menutup sebahagian kaki Iva dengan kain sarung bagi memberi tipu helah seolah-olah mangsa sedang tidur nyenyak.

      Kejadian itu akhirnya terbongkar pada keesokan paginya, tepat jam 9:00 pagi, Selasa, 11 Ogos 2026 apabila Dodo kembali ke bilik sewa untuk berehat selepas tamat waktu kerja syif malam. Betapa luluh hati pemuda itu apabila mendapati pintu bilik tidak berkunci manakala Iva terbaring kaku dengan mata tertutup serta menampakkan kesan lebam keperangan di bahagian dagu dan leher. Maka dalam keadaan separuh gila kerana panik, Dodo segera berlari keluar memanggil jiran tetangga dan pemilik rumah sewa untuk mendapatkan bantuan. Pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa nyawa Iva sudah pun meninggal dunia. Laporan polis tentang kematian Iva tersebut dibuat di Balai Polis Benda dan Polis Resort Metropolitan Tangerang Kota.

     Pasukan penyiasat dari pihak berkuasa yang digerakkan ke lokasi kejadian menyoal siasat semua saksi penting termasuklah Ibu Elsi, Dodo dan beberapa orang jiran. Hasil siasatan termasuk penggunaan anjing pengesan, pihak polis berjaya menemui petunjuk kukuh terutama gerak-geri Koirul yang mencurigakan. Kurang daripada 24 jam selepas mayat mangsa ditemui, suspek utama iaitu Koirul Fatihin berjaya dikesan dan ditangkap tanpa sebarang pergelutan. Ketika disoal siasat oleh pihak berkuasa, Koirul menunjukkan sikap dingin tanpa sebarang riak penyesalan. Malah dia sanggup menceritakan butiran perbuatannya secara terperinci. Akibat jenayah kejam tersebut, Koirul kini ditahan reman untuk proses pendakwaan undang-undang seterusnya.

Catat Ulasan for "Kisah Pembunuhan Kejam Siti Nurul Afifah"