Kenyit mata dan Jelir Lidah Depan Kamera Media, Ini yang Berlaku Kepada Wanita Ini

Pada usia 27 tahun, Rino Tazawa bukan sahaja seorang pelayan wanita (hostess), malah dia diiktiraf sebagai salah seorang bintang paling lumayan ganjarannya di salah satu kawasan paling elit dan mahal di Tokyo. Menurut laporan akhbar tabloid, Tazawa pernah mencatat rekod luar biasa dengan meraih 230 juta yen (sekitar RM6 juta) hanya di sebuah kelab mewah tunggal. Kehebatan dan popularitinya turut menembusi alam maya apabila seramai 185 000 pengikut setia mengikuti perkembangannya di internet di bawah nama timangan Yamatorino.
Namun kehidupan mewah dan penuh glamor Tazawa itu musnah dalam sekelip mata akibat penyalahgunaan bahan terlarang. Pada 15 September 2026, pihak berkuasa Jepun telah melancarkan serbuan mengejut ke atas apartmen kediaman Tazawa yang terletak berhampiran Stesen Roppongi. Hasil penggeledahan tersebut, pihak polis menemui kira-kira 0.4 gram kokain di dalam kediaman berkenaan. Tazawa bersama teman lelakinya yang berusia 28 tahun dan bertugas sebagai eksekutif syarikat ditahan serta-merta di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

BbbSemasa disoal siasat, timbul percanggahan kenyataan antara kedua-dua mereka. Teman lelaki Tazawa mendakwa bahawa bahan terlarang itu bukan milik peribadinya. Sementara itu, Tazawa sendiri pula mendedahkan kepada pihak polis bahawa mereka berdua telah menggunakan dadah tersebut secara bersama. Kesalahan memiliki bahan terlarang itu sepatutnya menjadi satu kes jenayah biasa tanpa sorotan media yang terlampau.
Namun sebaliknya keadaan bertukar menjadi kontroversi besar akibat tingkah laku Tazawa sendiri. Ketika di dalam van polis pada keesokan paginya, dia berani menunjukkan pelbagai isyarat tangan ke arah kamera media yang menantinya. Lebih memburukkan keadaan yakni semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pihak pendakwa raya, Tazawa tampil tersenyum riang, mengenyitkan mata selain menjelirkan lidah tanpa sebarang rasa bersalah.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan besar dalam kalangan rakyat Jepun yang amat mementingkan maruah, adab dan rasa penyesalan terbuka apabila berdepan undang-undang. Akibatnya, pandangan umum berbalik menentangnya dalam masa semalaman. Tazawa dilaporkan mempertahankan diri dengan memaklumkan kepada pihak penyiasat bahawa dia berada dalam keadaan tidak stabil dari segi mental semasa insiden tersebut berlaku. Walau bagaimanapun, pihak pendakwa raya menolak alasan berkenaan.
Pada 7 Oktober, Tazawa ditahan semula atas pertuduhan tambahan melibatkan penggunaan kokain dan ketamin sebelum akhirnya didakwa secara rasmi di mahkamah. Selepas mengharungi tempoh tahanan reman selama 35 hari di dalam pusat tahanan polis, mahkamah akhirnya membenarkan Tazawa dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 2.5 juta yen (sekitar RM75 000) pada 20 Oktober. Tazawa melangkah keluar dari Balai Polis Harajuku mengenakan baju sweat kelabu, pelitup muka berwarna merah jambunserta menyarung selipar putih jenama mewah Hermes di kakinya. Dia mengunci mulut sepenuhnya dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media yang berkumpul.

Sebagai contoh, kebanyakan negeri di Amerika Syarikat, pemilikan 0.4 gram kokain lazimnya dikategorikan sebagai kesalahan ringan di mana pesalah hanya perlu hadir ke mahkamah dan lazimnya dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama. Namun di Jepun adalah sebaliknya kerana jumlah yang kecil itu membawa padah besar. Pelaku akan terkurung di dalam sel penjara selama lima minggu, wajahnya dipaparkan di setiap muka depan akhbar serta kerjaya akan hancur serta-merta.
Catat Ulasan for "Kenyit mata dan Jelir Lidah Depan Kamera Media, Ini yang Berlaku Kepada Wanita Ini"