Kisah Sisi Gelap Michelle Reis


    Michelle Monic Reis dilahirkan di Makau pada 20 Jun 1970. Dia lahir daripada keluarga berdarah campuran di mana bapanya berketurunan Portugis manakala ibunya berbangsa Cina. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Yohana Fransiska Reis dan Michelle sendiri.

     Kehidupan awal keluarga ini tidak seindah disangka. Semasa Michelle masih bayi, bapanya secara tiba-tiba pergi meninggalkan mereka tanpa sebarang tanggungjawab. Tindakan itu meninggalkan kesan emosi yang mendalam hingga Michelle bersumpah untuk tidak pernah ingin bertemu, bercakap atau memaafkan bapanya sepanjang hidupnya. Selepas pemergian suaminya, ibu Michelle terpaksa memikul beban berat sebagai ibu tunggal dengan melakukan dua pekerjaan semata-mata untuk menyara kedua-dua anak perempuan mereka.


     Ketika usianya baru mencecah tiga tahun, ibunya membawa Michelle menyertai uji bakat iklan produk bayi. Bermula dari situ, ibunya menyedari bahawa wajah kacukan dan kecantikan semula jadi Michelle sangat diminati kamera. Demi masa depan yang lebih cerah, ibunya berkorban menghantar mereka ke sekolah berprestij khusus wanita di Hong Kong walaupun terpaksa menanggung hutang yang banyak. Apabila kewangan keluarga semakin terbeban, Michelle dan kakaknya mula bekerja separuh masa sebagai model iklan dan fesyen yang akhirnya membuka mata Michelle tentang kuasa kecantikan dalam menjana pendapatan lumayan.

     Pada tahun 1988 yakni atas dorongan rakan-rakannya, Michelle yang baru berusia 18 tahun mendaftar diri dalam pertandingan ratu cantik berprestij Miss Hong Kong. Walaupun pada mulanya dia terlepas gelaran Miss Photogenic yang akhirnya jatuh ke tangan peserta lain, takdir menentukan namanya diumumkan sebagai Juara Miss Hong Kong 1988. Kemenangan ini memberikannya kontrak rasmi bersama stesen televisyen TVB. Tidak berhenti di situ, pada tahun yang sama dia menyertai pertandingan Miss Chinese International dan kembali dinobatkan sebagai juara serta memenangi gelaran Miss Photogenic. 


     Michelle juga mewakili Hong Kong ke peringkat antarabangsa seperti Miss World di United Kingdom. Menerusi platform ratu cantik tersebut, Michelle dengan mudah menembusi industri filem Hong Kong, bergandingan bersama bintang-bintang besar seperti Leslie Cheung, Jet Li, dan Andy Lau. Namun dari sudut pengkritik seni, lakonannya sering dianggap sekadar pemanis skrin kerana wajah dan daya tarikan komersialnya. Sepanjang pembabitannya dalam sekitar 35 buah filem dari tahun 1990 hingga 2009, Michelle tidak pernah memenangi sebarang anugerah lakonan utama. Popularitinya bagaimanapun melonjak naik bukan kerana filem tetapi sebaliknya kerana kisah peribadi dan percintaannya yang sering menjadi sensasi media.

     Perjalanan cinta Michelle bermula sebelum gelaran Miss Hong Kong diraihnya apabila dia berkenalan dengan seorang pelakon muda berusia 24 tahun bernama Jonny Yee. Walaupun baru merintis kerjaya lakonan, Jonny datang daripada latar belakang keluarga elit yang terpandang. Bapanya seorang penulis fiksi ilmiah terkenal manakala ibu saudaranya adalah novelis tersohor, Isabel Neechu. Hubungan itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga Jonny. Isabel Neechu pernah mengeluarkan kenyataan pedas mengenai Michelle dengan berkata, "Dia mungkin cantik tetapi dia tidak mempunyai jiwa," satu penilaian dingin yang menggambarkan Michelle sebagai wanita kosong di sebalik rupa paras jelita. Tekanan keluarga akhirnya memaksa Jonny mengakhiri hubungan tersebut. Bagi Michelle, perpisahan ini menjadi tamparan hebat yang menyedarkannya bahawa kecantikan fizikal semata-mata tidak cukup untuk menawan hati lelaki dari kalangan kelas atas, apatah lagi untuk diterima oleh keluarga bangsawan.


    Selepas pengajaran pahit tersebut, Michelle mengubah strateginya secara drastik yakni daripada mengejar cinta suci kepada menyasarkan lingkaran kuasa dan kekayaan. Sasaran seterusnya ialah Joseph Lau, seorang jutawan yang terkenal gemar bertukar pasangan dan mempunyai ramai kekasih daripada kalangan selebriti. Michelle menggunakan taktik bersikap acuh tak acuh dan tidak mudah terpesona dengan wang rpada awal hingga membuatkan Joseph semakin obses mengejarnya. Joseph bahkan pernah bersusah payah menaiki tangga apartmen demi membelikan makanan kegemaran Michelle apabila lif rosak serta membelikannya kereta mewah tidak lama selepas itu. Namun Joseph sebenarnya sudah berkahwin dengan Teresa Powingkam sejak tahun 1977 dan dikurniakan dua anak. Walaupun Teresa pada mulanya sabar dengan perangai suaminya, kehadiran Michelle mencetuskan kemarahan kerana Michelle bertindak berani mati dengan mencabar kedudukan isteri sah. Michelle dilaporkan sering menelefon rumah tangga Joseph semata-mata untuk memberitahu butiran perhubungan mereka selepas bercumbu atau bersama Joseph bertujuan menyeksa emosi Teresa. Selepas 15 tahun menanggung derita pengkhianatan, Teresa akhirnya memfailkan penceraian pada tahun 1992.


     Meskipun berjaya menyingkirkan isteri sah, Michelle tetap gagal mendapatkan ikatan perkahwinan rasmi daripada Joseph kerana hartawan itu kemudiannya beralih kepada wanita lain. Michelle sempat dikaitkan dengan beberapa lelaki lain selepas itu termasuk usahawan hartanah Luo Zohui yang mendadak jatuh bangkrup dan model muda, Chen Pingchi.

      Pada hari ulang tahunnya yang ke-36 pada tahun 2006, Joseph Lau secara terbuka membeli satu muka surat penuh akhbar tempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Michelle dan menyatakan hasrat untuk kembali padanya. Namun Michelle menolak tawaran itu kerana memegang prinsip tidak menoleh ke belakang kepada kisah lama. Pada malam yang sama, Michelle tampil di sebuah restoran makan malam bersama Julian Hui. Julian Hui ialah waris kepada mendiang hartawan Hui Saifen yang menduduki tangga antara individu terkaya di Hong Kong. Pada ketika itu, Julian masih sah bergelar suami kepada Pansy Ho (puteri jutawan judi Makau Stanley Ho) hasil perkahwinan politik keluarga walaupun hubungan mereka dingin. Hubungan sulit antara Michelle dan Julian segera menjadi buruan media hingga mencetuskan kecaman hebat orang ramai apabila foto mesra mereka berciuman dipampang di muka depan surat khabar. Pansy Ho akhirnya memilih memfailkan penceraian yang membuka jalan kepada Michelle untuk melangsungkan perkahwinan mewah dengan Julian Hui pada 23 November 2008.


     Pada awal tahun 2011, Michelle melahirkan seorang cahaya mata lelaki bagi mengukuhkan kedudukannya dalam keluarga elit tersebut. Sebagai menantu kepada keluarga konglomerat Hui yang mewarisi harta bernilai puluhan bilion dolar, Michelle dilaporkan menerima elaun bulanan yang lumayan mencecah jutaan dolar Hong Kong. Sepanjang hidupnya, nama Michelle juga sering dikaitkan dalam khabar angin bersama orang terkaya Hong Kong, Li Ka-shing, meskipun ia tidak pernah disahkan sahih. Kini, Michelle Reis telah meninggalkan sepenuhnya dunia hiburan dan kontroversi masa lalu, memilih hidup damai bersama suami dan anaknya. 

Catat Ulasan for "Kisah Sisi Gelap Michelle Reis"