Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI BERUSIA 90 TAHUN KAHWINI KAKAK IPAR YANG BERUSIA 28 TAHUN

    INDONESIA – Tular kisah seorang lelaki warga emas dari Sulawesi Selatan berusia 90 tahun iaitu Haji Paduai yang telah mengahwini bekas kakak iparnya bernama Shintia yakni berusia 28 tahun.

    Menerusi laporan media tempatan detik.com, Paduai sebelum ini merupakan suami kepada adik Shintia yang dikenali sebagai Shinta, 25 tahun. Paduai dan Shinta telah berkahwin pada tahun 2018. Perkahwinan itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama tiga bulan kerana tiada kesefahaman antara mereka.

    Berbalik dengan kisah perkahwinan Padua dan Shintia, majlis perkahwinan atas dasar cinta pasangan tersebut yang mendapat restu daripada keluarga masing-masing itu telah berlangsung pada hari Selasa lepas (14/6/2022). Apa yang dapat dipastikan, Shinta pada mulanya dilaporkan berasa terkejut dengan berita perkahwinan adiknya dengan bekas suaminya itu. Perkara ini berikutan Shinta yang tinggal di luar kawasan kampungnya. Dia bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkahwinan tersebut. Cumanya Shinta langsung tidak menyangka Shintia boleh terpikat kepada Paduai.

    Hantaran perkahwinan pasangan terbabit adalah wang berjumlah 5 juta mata wang Rupiah berserta alat kelengkapan solat. 

Catat Ulasan for "LELAKI BERUSIA 90 TAHUN KAHWINI KAKAK IPAR YANG BERUSIA 28 TAHUN"