Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BAYI MENINGGAL DUNIA SELEPAS DITINGGALKAN BERSENDIRIAN DI RUMAH SELAMA 10 HARI

    AMERIKA SYARIKAT – Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan di Ohio telah meninggal dunia selepas ditinggalkan bersendirian selama 10 hari di rumah. Media melaporkan mangsa yang dikenal pasti sebagai Jailyn Candelario tersebut ditemui mati di rumahnya pada 16 Jun lalu. Difahamkan ibu Jailyn yang berusia 31 tahun iaitu Kristel Candelario tergamak membiarkan bayi perempuannya itu bersendirian di rumah hanya semata-mata untuk pergi bercuti ke Detroit dan Puerto Rico.

RM 96.90 - Link Shopee : https://shope.ee/5AODJpfTRx

    Kristel telah pulang ke rumahnya semula pada 16 Jun sebelum dia menemui Jailyn dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Pasukan kecemasan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan bahawa Jailyn sudah pun meninggal dunia. Kristel yang ditangkap pada dua hari selepas penemuan mayat Jailyn berdepan dengan pertuduhan melakukan pembunuhan. Setelah disoal siasat, Kristel membuat pengakuan bahawa dia telah membiarkan Jailyn bersendirian di rumah tanpa pengawasan sesiapa pun. Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian juga mendapati kandang permainan kanak-kanak di lokasi kejadian yakni tempat Jailyn diletakkan telah dipenuhi dengan bau hancing dan najis. Selain itu, Jailyn dilaporkan mengalami dehidrasi akan tetapi tiada sebarang kecederaan trauma dikesan.

RM25.90 - Link Shopee : https://shope.ee/10YeMFg7Ki

    Hingga setakat ini, masih belum dapat dipastikan punca sebenar Kristel tidak meminta bantuan daripada sesiapa pun untuk menjaga Jailyn sementara ketiadaannya di rumah. Jiran-jiran terdekat di rumah Kristel ternyata begitu terkejut dengan berita kematian Jailyn. Kebanyakan daripada mereka menyifatkan bahawa Jailyn adalah seorang bayi comel yang sangat riang. Terdapat juga sumber memberitahu bahawa ini bukanlah kali pertama Kristel membiarkan Jailyn tinggal seorang diri. Kristel bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod hitam dalam sistem kebajikan kanak-kanak dan keluarga. Buat masa sekarang, Kristel yang telah pun dipecat daripada tugasnya sebagai seorang guru ganti di sekolah rendah sejurus selepas penangkapannya masih lagi dalam tahanan oleh pihak polis.

Catat Ulasan for "BAYI MENINGGAL DUNIA SELEPAS DITINGGALKAN BERSENDIRIAN DI RUMAH SELAMA 10 HARI"