Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YUSI

    Kisah pembunuhan kejam ini berlaku pada tahun 2022 bertempat di negara Indonesia. Tahun tersebut, Yusi atau nama sebenarnya iaitu Maharsuya Yusi Widigdya adalah seorang lelaki berusia 33 tahun yang bergelar bapa kepada tiga orang anak. Isteri Yusi pula bernama Indira Pagaswati, 28 tahun. Keluarga itu tinggal di sebuah rumah sewa yang berlokasi di wilayah Bondowoso.

Link Shopee : https://shope.ee/9epiuJONNZ

    Yusi yang bekerja sebagai penunggang teksi motosikal dikatakan sebagai seorang suami serta bapa yang bertanggungjawab. Sikap Yusi yang begitu ramah menyebabkan dia begitu disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya. Yusi juga seorang yang sangat bekerja keras dari pagi hingga malam untuk menyara kehidupan keluarganya. Dia melakukan semua itu demi isteri dan anak-anaknya yang tercinta. Tentang Indira, dia yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa gemar bermain laman media sosial hingga sering memuat naik foto dan video dirinya.

    Diringkaskan cerita, Indira kemudian telah berkenalan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Budi Hartono. Perkenalan antara Indira dengan Budi yang bekerja sebagai peniaga buah-buahan tersebut bermula dari laman media sosial. Indira ternyata telah cair dengan pujian manis yang Budi selalu berikan kepadanya. Lama-kelamaan, hubungan Indira dan Budi menjadi semakin rapat. Malah Budi juga telah berani pergi ke rumah Indira sewaktu ketiadaan Yusi. Kedatangan Budi ke rumah Indira itu bukan sekali dua tetapi berkali-kali. Apa yang pasti, Budi sememangnya mengetahui tentang status Indira yang masih lagi bergelar sebagai isteri orang.

    Hinggalah pada hari Rabu yakni bersamaan dengan 30 November 2022, Budi telah pergi ke rumah Indira setelah dia diberitahui mengenai Yusi yang hanya akan pulang pada waktu malam. Namun tanpa Indira dan Budi duda, Yusi tiba-tiba pulang ke rumah pada jam sekitar 2 petang. Yusi berasa sangat terkejut apabila mendapati Indira dan Budi sedang berdua-duaan di dalam bilik tidur. Dalam keadaan hatinya remuk, Yusi memarahi Indira sebelum bertindak untuk memukul isterinya itu. Manakan tidak, pengorbanan Yusi mencari rezeki untuk keluarga dari siang hingga malam tanpa mengenal erti penat lelah langsung tidak dihargai.

Link Shopee : https://shope.ee/VbTzgrcM1

    Melihat Indira dipukul, Budi bangun untuk mempertahankan wanita yang dia cintai tersebut. Budi mengeluarkan pisau lipat dari beg miliknya lalu pergi menikam Yusi secara bertubi-tubi. Seperkara harus diketahui, jiran tetangga yang ada pada waktu itu memang mendengar bunyi pertengkaran tersebut akan tetapi mereka memilih untuk tidak masuk campur. Yusi telah ditikam pada bahagian dada, perut, lengan dan ketiak sekaligus mengakibatkannya mati serta-mati di lokasi kejadian. Selepas membunuh Yusi, Budi pun segera keluar dari rumah tersebut dengan lagak tenang. Hanya sesudah itu barulah ada jiran tetangga yang pergi ke rumah Yusi. Melihat Yusi yang sudah tidak lagi bernyawa dalam keadaan berlumuran darah, jiran berkenaan pun segera menghubungi pihak polis.


Link Shopee : https://shope.ee/1q6iMGntIH

    Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka terus melakukan pemeriksaan forensik serta pada masa sama mendapatkan keterangan daripada saksi. Indira ternyata dicurigai kerana dia dilihat langsung tidak bersedih atas kematian suaminya. Hasil maklumat dan risikan, pihak polis akhirnya telah berjaya menangkap Budi pada waktu yang singkat. Berhubung dengan perbicaraan kes pembunuhan Yusi, Budi bakal berdepan dengan hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabit kesalahan.

1 ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YUSI "

  1. Boleh tolong buatkan page ni ada 'dark mode' atau 'night mode' .senang sikit nak baca,ni terang sangat,sakit mata bila baca.saya dahla rabun jauh. Minta tolong ye..

    BalasPadam