Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LARRY NASSAR JADI MANGSA TIKAMAN DI PENJARA

    AMERIKA SYARIKAT – Media melaporkan bahawa Larry Nassar telah menjadi mangsa serangan tikaman di dalam penjara Florida yakni tempatnya dipenjarakan. Difahamkan Larry Nassar ditikam beberapa kali. Status sebenar kecederaan Larry Nassar tidak diketahui akan tetapi apa yang dapat disahkan adalah dia telah ditikam pada bahagian dada dan belakang badan. Dia kini bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Selain itu, tidak jelas sama ada Larry Nassar secara individu atau berkumpulan. Namun apa yang dapat dipastikan, dia diserang oleh banduan pembenci golongan pedofilia.

    Larry Nassar merupakan bekas doktor perubatan yang pernah berkhidmat untuk pasukan gimnastik Amerika Syarikat dengan reputasi sebagai pakar terkemuka dalam bidang perubatan sukan. Larry Nassar sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas beberapa kesalahan jenayah seksual seperti mencabul ratusan atlet dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak. Antara atlet gimnastik yang pernah dicabulnya termasuklah pemenang pingat emas olimpik seperti Simone Biles, Aly Raisman dan McKayla Maroney. Larry Nassar kebiasaannya akan melakukan perbuatan tidak bermoralnya itu semasa sesi ‘rawatan perubatan’,

    Lebih daripada 100 orang yang pernah menjadi mangsa pencabulan Larry Nassar bertindak memfailkan saman berjumlah $1 bilion kepada pihak kerajaan Amerika Syarikat kerana pihak FBI (Federal Bureau of Investigation) atas kegagalan menghentikan perbuatan bekas doktor terbabit. Menerusi kenyataan beberapa orang atlet gimnastik Amerika Syarikat pada tahun 2018, mereka mendakwa pernah membuat aduan kepada jurulatih tentang perbuatan jijik Larry Nassar yang sudah dilakukannya lebih daripada sedekad akan tetapi tiada sebarang tindakan lanjut dibuat, 

Catat Ulasan for "LARRY NASSAR JADI MANGSA TIKAMAN DI PENJARA "