Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SIAPA YANG BERBAJU MERAH ITU?

    INDONESIA - Seorang pemandu kenderaan berat perlu sentiasa berhati-hati dalam pemanduan tidak kira sama malam bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku terutamanya pada waktu malam. Seperkara lagi, pemandu kenderaan berat perlu bersedia daripada segi mental kerana tidak mustahil akan berlakunya kejadian yang berunsurkan mistik.

    Baru-baru ini tular satu video di Tik Tok tentang  seorang pemandu kenderaan berat di mana dia  mengalami kejadian penampakan satu susuk tubuh berpakaian serba merah di tepi jalan sewaktu kenderaannya itu melalui kawasan jalan raya yang agak lenggang. Hingga setakat ini,  video yang dimuat naik oleh pengguna Tik Tok dengan nama @cctv_bogor_oyi_29 telah meraih lebih 11 juta tontonan, 434 000 tanda suka dan 13 000 komen. 

    Menerusi klip video tersebut, kenderaan berat yang dipandu lelaki itu sedang berada di lorong kanan dengan kenderaan di depannya adalah sebuah trak. Diringkaskan cerita, lelaki tersebut bergerak ke lorong kiri dengan perlahan sama seperti yang dilakukan trak di depannya. Tidak lama kemudian, trak itu kelihatan seperti mengelak sesuatu yang sedang berada di atas jalan diikuti. Lelaki yang memandu kenderaan berat tersebut turut melakukan perkara yang sama kerana dia tiba-tiba ternampak ada satu susuk berbaju merah yang sedang melintas jalan.

    Menurut pemilik akaun Tik Tok itu, susuk itu begitu menyeramkan kerana seakan tidak mempunyai wajah tak sekaligus membuatkannya berasa ketakutan. Tonton video tersebut di sini : https://vt.tiktok.com/ZSLuQDJUs/

Catat Ulasan for "SIAPA YANG BERBAJU MERAH ITU? "