Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA KECEWA SUAMI PATUNG YANG DIA KAHWINI TELAH BERLAKU CURANG

    Masih ingat kisah tular seorang wanita dari Brazil  bernama Meirivone Rocha Moraes yang telah berkahwin dengan patung ciptaan ibunya pada tahun 2022? Malah lebih dahsyat, wanita tersebut mempunyai anak yakni anak patung hasil hubungan dengan suami patungnya itu.

    Terkini iaitu menerusi beberapa laporan daripada portal berita di internet melaporkan Meirivone mendakwa bahawa ‘’suami” nya sekali lagi berlaku curang. Disebabkan itu, Meirivone telah bertindak untuk mencabut “zakar” suaminya.

    Menurut Meirivone yang berusia 37 tahun,

    “Saya menerima mesej daripada seorang rakan yang memberitahu suami saya telah berlaku curang kepada saya. Jadi malam itu juga saya yang berasa sangat marah memaksanya untuk tidur di atas sofa. Sebagai hukuman, saya telah mencabut zakar palsunya yang berukuran 16 sentimeter. Sejujurnya saya berasa takut zakar suami akan disentuh oleh wanita lain. Sebelum kami berdua keluar ke bar, zakar itu akan saya simpan di dalam almari. Maka tiada sebarang peluang untuk mana-mana wanita menggoda suami saya.”

    “Kali terakhir sebelum ini saya telah menemui pakaian berwarna merah jambu di atas lantai. Saya mengesyaki Marcelo (nama suami) ada bersama dengan wanita lain. Dia bagaimanapun hanya berdiam diri apabila diajukan soalan mengenai perkara tersebut. Marcelo sangat gatal. Dia suka mencari wanita lain dan kemudian menipu saya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.”

    Dakwa Meirivone lagi, Marcelo menyimpan lebih daripada 500 nombor dalam senarai kenalan Whatsapp pada telefonnya di mana semua pemilik nombor tersebut adalah wanita. Meirivone pernah juga menangkap Marcelo sedang bermesej dengan wanita lain yang didakwanya sebagai sepupu.  Buat masa sekarang, Marcelo yang belum dikembalikan ‘zakar’ nya masih lagi tidur di atas sofa.

    Dalam perkembangan lain, Meirivone masih lagi terdesak mencari ‘anak sulung’ yang sebelum ini dinamakan sebagai Marcelinho. Jelas Meirivone, Marcelinho telah menjadi mangsa penculikan. Wanita berkenaan mendakwa kumpulan penculik Marcelinho itu meminta sejumlah wang tebusan. Meirivone bahkan ada menerima satu klip video yang menunjukkan Marcelinho berada di satu penjuru dalam sebuah bangunan terbiar.

    “Perkara yang paling saya takutkan adalah Marcelinho akan dibakar. Saya langsung tidak boleh tidur. Setiap malam Marcelo akan memanggil nama Marcelinho. ‘Diego dan Carol’ pula sangat sedih kerana tidak memahami perkara yang telah menimpa abang mereka. Saya sangat sayangkan Marcelo. Adakah kumpulan penculik itu memberikannya susu? Memandikannya? Jauh di sudut hati saya sebagai seorang ibu, saya berharap Marcelo baik-baik saja.”

    Bacaan terdahulu tentang kisah Meirivone ini boleh dibaca di sini : Wanita Kahwini LelakiPatung Lahirkan Anak Patung

1 ulasan for "WANITA KECEWA SUAMI PATUNG YANG DIA KAHWINI TELAH BERLAKU CURANG"

  1. kenapa tidak ada seorang pun yg mengatakan perempuan ini gila.Sekurang kurangnya ada usaha untuk membantunya dan mencegah perkara yg lebih buruk daripada berlaku

    BalasPadam